Pages

Wednesday, February 3, 2010

Cara-cara menahan marah menurut Islam

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:

PERTAMA

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dengan penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“aku dan dia (zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi (zaid) meminta dengan cara yang baik”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

KEDUA

Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :
“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan” (hadith riwayat Abu Daud)

KETIGA

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

Firman Allah Ta’ala :
”dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)
2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dengan keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

KEEMPAT

Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

KELIMA

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam

“Nabi saw mengucapkannya 3 kali” (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

KEENAM

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yg demikian, yang dpt memadamkn api adalah air yg dapat diperolehi daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dapat meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :
“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai’in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

sumber: emel dari kawan

No comments: