Pages

Wednesday, February 3, 2010

Bagaimana Reiki menyembuhkan?

reikiEntri kali ni kita cerita lebih lanjut pasal Reiki. Ada yang tanya dan di dalam artikel ini saya akan mengulas lebih lanjut sikit jer pasal reiki. Reiki adalah satu teknik penyembuhan menggunakan tapak tangan pada tubuh atau tempat yang sakit atau yang akan di rawat. Pengamal reiki bukan penyembuh akan tetapi bolehla di katakan sebagai pengantara atau penyalur energi Reiki.

Kalau sebut pasal reiki ni dalam internet ada yang kata tenaga alam ada yang kata tenaga illahi. Akan tetapi menurut pandangan peribadi saya, reiki adalah energi illahi yaitu energi yang bersumberkan pada sang pencipta iaitu kalau orang Islam – Allah s.w.t. Kenapa saya kata energi illahi, kerana reiki bersifat pintar yaitu hanya perlu niat, pasrah dan salurkan energi pada tempat yang sakit atau bermasalah, dan reiki akan bekerja dengan sendirinya. Sama ada sembuh atau tidak kita hanya berserah pada Allah. Untuk pengetahuan semua energi reiki bewarna putih dan di liputi dengan warna ungu dan reiki boleh di tarik turun melalui chakra mahkota. Sebab itu juga warna ungu selalu di kaitkan dengan spritualiti.

Energi Reiki bekerja dengan membersihkan lapisan aura tubuh manusia iaitu lapisan tubuh fizikal, eterik, mental dan juga emosi. Tidak seperti rawatan moden yang hanya menyembuhkan tubuh fizikal dan boleh di katakan punca penyakit fizikal adalah manifestasi dari emosi negatif. Reiki boleh membantu menyembuhkan sakit dari dalam diri sendiri macam sakit hati, ketagihan rokok, stress dan sebagainya. Sebab itu Reiki boleh di kategorikan sebagai “holistic healing” iaitu rawatan secara menyeluruh.

Kalau nak belajar Reiki ni senang jer, dan boleh di bahagikan pada 3 tahap atau 4 tahap (bergantung pada jenis Reiki) biasanya 1-2 hari dah boleh dapat tahap master. Tahap 1 lebih menjurus pada penyembuhan diri sendiri, tahap 2 penyembuhan jarak jauh dan belajar mengenai simbol-simbol Reiki dan tahap 3 barulah boleh jadi master. Tapi kalau ikut logiknya mana boleh belajar sehari dua dah bole jadi master? Secara peribadi saya berpendapat untuk mencapai tahap master hendaklah sekurang-kurangnya mengamalkan reiki selama 1 tahun. Seperti mana-mana ilmu pun, amalan adalah penting, barulah bole melekat pada kita. Ramai yuang gagal kalau pasal amalan ni, maklumlah sibuk.

Tulah dia sedikat sebanyak pasal reiki, nak tanya atau nak tahu lagi, tinggalkan komen di bawah :)

1 comment:

Anonymous said...

Gгеat post.
Here is my site ... loans for bad credit