Subject: Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita - Pen
Salam.....
untuk renungan di bulan mulia ini....a very good lesson learned....
http://www.sinarhar ian.com.my/ com/content/ story3100097. asp
Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita
Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana
banyak
majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi
pencetus
semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia
jangan
terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan
bermacam-macam
kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga
kedai
runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar
manusia perlu
ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah
untuk
memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata
tidak
sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka
menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah.
Ada
banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman
yang
paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara
menyuruh saya
membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran.
Saya
mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang
mendapat
hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah
untuknya
selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain
sebaik
sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula
melihat
betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati.
Saya sedih
mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak
bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli
sebuah
kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya
senang
melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun
lama-kelamaan
saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan
perasaan
riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu
mengutipnya
semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi
hari ini,
saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab
nilai duit
sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut
dibazirkan
begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya
mengupah
seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta
seorang
ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya
dibuka untuk
orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks
hasil
perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah
di
samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian
ideologi
perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya
sebagai
sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka 'ikan' tetapi 'pancing'
untuk
mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan.
Saya
juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah
perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga
pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan
kanak-kanak untuk
dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah
tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga
sebab
H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk
perasaan
riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada
lagi
layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung
tetapi hati
masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila
syaitan
berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku
pengasas
produk kecantikan.
"Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang
tahu
produk kau bagus" - itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan
saya.
Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam
hadis
'menutup aurat tetapi masih bertelanjang'.
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu
semuanya
serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir
bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia
pun berhak
marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat
bagi
menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup.
Anak-anak
(Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan
suami
melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan
keletah
anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari,
limau purut
dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan
tilapia
melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus
berlalu
dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin
betapa
perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.
No comments:
Post a Comment