ramai tidak sabar lagi
menghitung dan menanti
esok atau lusa
bulan depan tahun bila
semakin bernada melankolik
meratah meriah retorik
marhaen kais pagi makan pagi
kroni kais KWSP untung lagi
peralihan pak lah ke najib
tiada perubahan yang ajaib
ekonomi dunia merudum jatuh
ekonomi kita diisytiharkan teguh
amerika muflis atas kertas
eropah bertindak waras
singapura sama tersangkut
negara arab kelam kabut
china juga berserabut
iceland sudah kaput
tetapi malaysia terhebat
menyongsang arus sejagat
duit berligar dalam sampul
janji kontrak asap berkepul
kerana ameno sedang berpesta
kempen politik orang gila
bila agaknya, esok atau lusa
kita mengubah suasana
mewajah putrajaya
kini dan selamanya
tiada yang mustahil
semuga doa membuah hasil!
MyB,
http://terataksantai.com
No comments:
Post a Comment