Pages

Wednesday, January 20, 2010

PUKAU - Sebarkan

Peringatan buat semua pekerja,



Sila awasi sebuah kereta waja warna perak dengan nombor pendaftaran). Dalam kereta tersebut terdapat 3 lelaki dewasa, seorang wanita & seorang anak kecil.



Menurut sumber Polis Bukit Tengah setakat hari ini sudah 3 kes pukau dilaporkan kepada Polis melibatkan kawasan Prai, Juru & Bukit Tengah. Modus operandi mereka mendekati mangsa dan bertanyakan mengenai matawang Malaysia, (mungkin menanyakan Money changer dimana, dsb). Andai and disentuh oleh mereka, nescaya apa yang ada dalam poket akan diserahkan kepada mereka.



Semalam, 7/1/09 terdapat 2 kes telah berlaku dengan kumpulan yang sama di LORONG PERUSAHAAN 8 B sekitar kawasan kantin. Satu kes telah melibatkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM 200 kepada lelaki Arab tersebut dan satu lagi kes hampir berlaku dimana mangsa tersedar dan terus memekik “Allahuakbar” dan menarik balik wang yang hampir jatuh ke tangan lelaki Arab tersebut.



Berhati-hatilah.



Sebagai peringatan dan kepentingan pekerja-pekerja Precico. Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain terutamanya kepada mereka yang tidak memiliki email.



Tamin Hassan

Environmental, Health, Safety & Security

Dect : 3000

No comments: