Pages

Friday, January 22, 2010

Luasnya Neraka

>> Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
>> Jibrail dating kepada Nabi saw pada waktu yg ia
>> tidak
>> biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka
>> ditanya oleh nabi s.a.w.:
>>
>> "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya:
>> "Ya
>> Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
>> supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak
>> layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
>> Jahannam
>> itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
>> Allah
>> itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
>> aman
>> dari padanya."
>>
>> Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
>> padaku sifat Jahannam."
>>
>> Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam,
>> maka
>> dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
>> kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,
>> kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
>> gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
>> Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
>> terbuka
>> sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
>> penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
>>
>> Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
>> satu baju ahli
>> neraka itu digantung di antara langit dan bumi
>> nescaya
>> akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
>>
>> Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
>> satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam
>> Al-Quran
>> itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
>> sampai
>> ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus
>> engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat
>> tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
>> hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
>> sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya
>> air
>> panas campur nanah, dan
>> pakaiannya potongan-potongan api.
>>
>> Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
>> bahagiannya yang
>> tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
>>
>> Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
>> bagaikan
>> pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi
>> selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya,
>> dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,
>> tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
>> ganda."
>> (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
>>
>> Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk
>> masing-masing pintu?"
>>
>> Jawab Jibrail:
>>
>> "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
>> orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
>> mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga
>> Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
>> tempat
>> orang-orang musyrikin bernama Jahim,
>>
>> Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
>>
>> Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari
>> kaum
>> majusi bernama Ladha,
>>
>> Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
>>
>> Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
>>
>> Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.
>> sehingga ditanya:
>> "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
>> tujuh?"
>>
>> Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar
>> dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
>>
>> Maka nabi s.a.w. jatuh pesan ketika mendengar
>> keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala
>> nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali
>> dan
>> sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail,
>> sungguh
>> besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
>> seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
>> neraka?"
>> Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
>> ummatmu."
>>
>> Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga
>> menangis,
>> kemudian nabi
>> s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar
>> kecuali
>> untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
>> berbicara
>> dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan
>> minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
>> Bagi Yg Lalai")
>>
>> Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
>> melakukan maksiat
>> sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya
>> terik matahari Ku.
>>
>> Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
>>
>> 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
>>
>> 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
>>
>> 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
>>
>> 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
>>
>> 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
>>
>> 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
>>
>> 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok
>> zarqum
>>
>> 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
>> ekor ular
>>
>> 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
>> mengandungi
>> lautan racun yang hitam pekat.
>>
>> 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
>> 70,000 rantai
>>
>> 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
>>
>> Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada
>> kita
>> semua.Wallahua'lam.
>>
>> Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
>>
>> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa
>> yang
>> telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan
>> petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada
>> manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
>> oleh
>> Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
>>
>> YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan
>> peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami,
>> anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang
>> Islam
>> dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya
>> kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA
>> ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke
>> nerakaMu
>> YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat
>> kami dan
>> terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan
>> RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
>>
>> Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
>> Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku
>> biarpun satu ayat.."

No comments: