Pages

Friday, January 22, 2010

Jumpa di neraka Muhamad anak Muhamad


Muhammad anak Muhammad Taib

Category: General Posted by: Raja Petra

Oleh Haniza Talha

Translated from See you in hell Muhamad son of Muhamad

Nampaknya ada seorang bekas Menteri Besar yang telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Bekas Menteri Besar ini yang namanya ada dua Muhamad, tidak punya separuh daripada keperibadian Nabi Muhamad (saw), apa lagi dua kali ganda keperibadian Baginda walaupun namanya mengandungi dua Muhamad.

Inilah Muhamad yang memulakan kehidupannya sebagai seorang guru tetapi tidak boleh bercakap sepatah bahasa Inggeris. Apabila dia ditahan kerana membawa bersamanya berjuta-juta wang yang todak diketahui sumbernya ke dalam Australia, dia merayu atas alasan tidak faham bahasa Inggeris dan telah dibebaskan oleh mahkamah Australia daripada jenayah menyeludup wang. Apa yang ramai mungkin tidak sedar ialah ketika dia letak jawatan sebagai guru untuk bertanding dalam pilihan raya umum, Kerajaan membuat tuntutan sebanyak RM80,000 terhadapnya kerana dia masih dalam kontrak berkhidmat dengan kerajaan, dia perlu membayar kembali apa yang dipinjam.

Ya, Malaysia ada sistem yang unik dalam memberi pinjaman melanjutkan pelajaran, kepada Melayu yang tidak berkemampuan. Mereka terpaksa berkhidmat dengan kerajaan untuk tempoh tertentu selepas lulus dan jika mereka enggan berbuat demikian atau letak jawatan sebelum tamat tempoh kontrak, mereka perlu bayar semula kerajaan jumlah pinjaman yang telah diambil. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad, dengan itu berhutang dengan kerajaan sebanyak RM80,000 dan jika dia tidak menjelaskannya, dia telah menafikan Melayu lain manfaat wang tersebut dan dengan itu menafikan Melayu lain untuk mendapat pendidikan peringkat tinggi.

Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad, kemudian merayu kepada Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Anwar Ibrahim, bagi dikecualikan daripada membayar kepada kerajaan RM80,000 yang dihutang dan Anwar, sebagai seorang politikus yang bijak pada ketika itu (atau mungkin masih bijak kini, saya tidak pasti tentang itu), membatalkan peraturan tersebut supaya bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak perlu bayar RM80,000 kepada kerajaan yang dengannya boleh diberikan kepada Melayu lain yang kurang bernasib baik yang perlu bantuan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Apa yang mengelirukan ialah bagaimana bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, tiba-tiba memiliki berjuta dalam koceknya dan kerana itu telah ditahan sebaik saja dia memasuki Australia sedangkan beberapa tahun sebelum itu dia tidak mampu membayar semula RM80,000 kepada kerajaan pinjaman yang diambil dan terpaksa meminta Anwar Ibrahim mengecualikan peraturan pembayaran semula.

Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan mengatakan saya menghina Agong dan Islam, dan bahawa saya membangkitkan sentimen perkauman yang boleh mengakibatkan konflik perkauman dalam Malaysia. Dia sebenarnya bertindak bagi pihak Umno dan mewakili Umno sebagai Ketua Penerangan.

Ia sungguh pelik bahawa bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini menuduh saya menghina Agong yang juga adalah Sultan Terengganu ketika itu Agong adalah kawan baik saya. Apabila Agong, yang juga adalah Sultan Terengganu, baru Raja Muda Terengganu, saya biasa menunggang kuda bersamanya di pantai Kuala Terengganu. Saya juga telah pergi ke London beberapa kali untuk berjumpa dengan Agong yang juga Sultan Terengganu, yang pada ketika itu Raja Muda Terengganu dan seorang pelajar di London.

Raja Muda Terengganu pada ketika itu, kini adalah Agong yang ada, dan saya akan bawanya keliling kota London menaiki Ferrarinya dan bersama kakak-kakak dan isteri saya, kami akan berkunjung ke night-spots terkenal di London seperti Longfellows. Bila dia balik ke Kuala Lumpur saya akan membawanya ke Tin Mine di mana kami akan duduk-duduk dan berbual kerana dia bukan penari disco tetapi lebih suka menikmati muzik di situ dan berbual.

Adakah saya menghina kawan lama saya yang kini adalah Agong, bila saya sembah dan cium tangannya dan baginda akan menarik tangannya enggan membenarkan saya cium kerana menganggap saya sebagai kawan lama dan bukan sebagai rakyat? Hal ini, bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak sedar bila dia membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya.

Saya akan cuba mengadap Agong yang merupakan kawan lama saya sejak dia masih Raja Muda Terengganu dan jika Yang Maha Mulia Agong berpendapat saya telah menghina beliau, saya akan menyerahkan diri saya kepada apa jua bentuk hukuman yang wajar bagi kesalahan menghina Agong. Hukuman bagi kesalahan menghina Agong termasuk hukuman mati, dan saya akan serahkan kepala saya untuk dipisahkan dari jasad seperti seorang rakyat yang ada maruah diri dan tunduk kepada Agong. Seorang Anak Raja Bugis taat setia kepada Agong dan Anak Raja Bugis sejati akan mengadap mati dengan penuh harga diri sebagai seorang Anak Raja Bugis. Bukan sia-sia saya daripada keturunan Upu Tenribong Daeng Rilaka, saya tidak akan mencemar nama nenek moyang saya dengan mengelak hukuman kerana menghina Agong. Yang DiPertuan Agong ialah salah seorang daripada Raja-Raja Melayu dan saya bukan sebarang Anak Raja Melayu; Saya adalah Anak Raja Bugis.

Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, menuduh saya menghina Agong sedangkan dia sendiri telah menghina Almarhum Agong yang sebelum ini, yang merupakan Sultan Selangor dan bapa saudara saya. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah kahwin lari dengan anak Sultan yang juga adalah sepupu saya, dan berkahwin dengannya secara rahsia di Thailand.

Apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya bertanya bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, sama ada dia (bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad) sudah berkahwin dengan anak perempuannya (Almarhum Agong dan Sultan Selangor), bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menafikannya. Berkahwin secara rahsia di Thailand ialah jenayah dan seorang boleh dihukum kerananya. Tambahan pula, mengahwini seorang wanita tanpa izin bapanya melanggar tatasusila agama Islam dan adab Melayu, tambahan pula dilakukan oleh seorang Menteri Besar, ini adalah kesalahan yang lebih berat. Lagipun, seorang Menteri Besar bukan lelaki di jalanan tetapi ketua kerajaan sebuah negeri. Tetapi bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menafikan dia telah berkahwin secara rahsia dengan anak perempuan Sultan di Thailand dan bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan tersebut adalah palsu.

Akhirnya, bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad menceraikan anak Sultan Selangor, sepupu saya, dan membayar sebanyak RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian. Hal ini telah mendukacitakan Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya, yang telah membuat salinan cek RM12 juta tersebut. Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya bukan dukacita sebab Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah menceraikan anak baginda, iaitu sepupu saya. Baginda tidak kisahkan itu. Almarhum Agong dan Sultan Selangor dukacita kerana Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membayar anak perempuan baginda RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian. Almarhum Agong dan Sultan Selangor kemudian membuat salinan cek tersebut dan menunjukkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menuntut diberitahu bagaimana seorang Menteri Besar mampu membayar RM12 juta sebagai bayaran menyelesaikan perceraian anak perempuannya, sepupu saya. Ini membuktikan bahawa Selangor mempunyai Menteri Besar yang korup, kata Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya.

Dan bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, seorang yang korup, penipu, yang telah berkahwin dengan anak perempuan Almarhum Agong dan Sultan Selangor dan menafikannya, dan telah menghina Melayu dan Islam dengan berkahwin secara rahsia di Negara lain tanpa kebenaran bapa perempuan.

Tetapi lelaki ini bukan sebarang lelaki di tepi jalan. Lelaki ini ialah pada masa itu Menteri Besar. Dan lelaki ini yang namanya ada dua Muhamad. Dan wanita tersebut bukan sebarang wanita tetapi adalah anak perempuan Almarhum Agong dan Sultan Selangor. Dengan itu, jenayah bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad sepuluh kali ganda lebih dahsyat. Dan sekiranya ada lelaki lain yang melakukan kesalahan tersebut, pastinya akan ditangkap dan dihukum kerana kesalahan mengahwini seorang wanita secara rahsia di Thailand. Tetapi bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad ini, tidak ditangkap dan dibicarakan. Dia juga tidak ditahan dan dibicarakan apabila dia membayar RM12 juta sebagai pampasan perceraian dan tidak boleh jelaskan dari mana dia mampu peroleh wang begitu banyak dengan gajinya sebagai seorang Menteri Besar.

Saya faham bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini merupakan kenyataan mahkamah Australia dan dengan itu mahkamah melepaskan Muhamad daripada jenayah menyeludup wang masuk Australia. Ini bermakna dia juga tidak boleh membaca dalam bahasa Inggeris. Bagaimana bekas Menteri Besar yang namanya ada dua Muhamad boleh tahu apa yang saya tulis dan penghinaan yang dibuat terhadap Agong, amat menghairankan kerana saya menulis dalam bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu. Umno sepatutnya memilih orang lain yang boleh berbahasa Inggeris untuk membuat laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya.

Ramai orang dari media menalifon saya hari ini bertanya mengenai komen saya tentang laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Inilah respon saya kepada laporan polis terhadap Malaysia Today dan saya. Saya mahu beritahu: pergi jahanam Muhamad anak Muhamad. Awak memalukan nama Muhamad. Awak Muhamad anak Muhamad: awak patut bersyukur ini tahun 2007 dan bukan tahun 1907. Jika ia tahun 1907 dan bukan 2007 saya akan cabar awak untuk bertarung. Ia pertarungan lelaki dengan lelaki, satu lawan satu. Pertarungan dengan keris sehingga mati.

Tidak, saya tidak fikir awak akan terima cabaran saya untuk bertarung dengan keris. Awak mungkin ada dua Muhamad pada nama awak, tetapi awak tiada kelas. Awak kahwin lari dengan anak Almarhum Agong dan Sultan Selangor dan secara rahsia melakukannya di Thailand. Kemudian awak nafikannya apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor bertanya awak mengenainya. Hanya seorang yang dayus akan lakukan demikian. Lelaki sejati tidak akan nafikannya. Dengan itu, tidak mungkin awak akan terima cabaran saya untk bertarung dengan keris.

Saya juga tahu bahawa apabila Almarhum Agong dan Sultan Selangor, bapa saudara saya, mendapati awak sebenarnya telah berkahwin dengan anak perempuannya, sepupu saya, dan awak telah berbohong mengenainya, awak mengarahkan Pemuda Umno mengadakan demonstrasi anti-Sultan. Almarhum Agong dan Sultan Selangor sangat terluka dengan perbuatan awak dan membatalkan sambutan hari jadinya pada tahun itu. Jadi, pada tahun itu, tiada anugerah datuk diberi dan awak terpaksa memulangkan wang yang telah diambil daripada mereka yang telah membayar untuk mendapatkan anugerah datuk.

Perbuatan awak, Muhamad anak Muhamad, satu pengkhianatan. Jika hari ini ialah tahun 1907 dan bukan 2007, pasti awak akan dihukm bunuh. Dan awak menuduh saya menghina Agong? Awak pengkhianat. Awak boleh masukkan saya dalam penjara tetapi awak sebenarnya akan dihukum bunuh jika di tahun 1907 dan bukan 2007.

Tetapi saya tahu mengapa laporan polis itu dibuat terhadap Malaysia Today dan saya, Muhamad anak Muhamad. Awak mahu muncul semula dalam arena politik. Awak mahu bertanding kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang. Dan mahu dilantik menjadi menteri pusat bila menang kerusi parlimen itu nanti. Awak berharap Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, akan jatuh dan awak mengambilalih tempatnya. Itulah sebabnya, laporan polis dibuat terhadap Malaysia Today dan saya, Muhamad anak Muhamad.

Muhamad anak Muhamad, jumpa di neraka. Kalau saya ke sana dulu, saya akan tunggu di pintu neraka untuk menyambut kedatangan awak, Muhamad anak Muhamad. Ini Anak Raja Bugis bercakap, yang mati dengan keris di dalam tangan.

No comments: