Pages

Friday, January 22, 2010

90 Sebatan Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah


Seorang pelajar perempuan di Arab Saudi yang berumur 13 tahun dikenakan 90 sebatan di depan rakan-rakan sekelasnya selepas dia ditangkap kerana memiliki sebuah telefon bimbit berkamera.

Gadis itu, yang dirahsiakan identitinya, juga dihukum dua bulan penjara oleh sebuah mahkamah di sebuah kota di bahagian timur Jubail.

Dia telah menyerang guru besarnya setelah ditangkap dengan telefon bimbit yang diharamkan dalam sekolah-sekolah perempuan, menurut laporan Al-Watan, sebuah akhbar Arab Saudi. Penggunaan hukuman-hukuman keras di Arab Saudi telah dikutuk dengan meluas oleh organisasi-organisasi hak asasi manusia sedunia.

Tiga tahun lalu 16 murid sekolah, berumur di antara 12 dan 18 tahun, masing-masing dijatuhkan hukuman sebatan antara 300 dan 500 sebatan kerana berkelakuan agresif kepada seorang guru.

Di bawah undang-undang Shariah Arab Saudi atau hukum syarak, sebatan adalah mandatori untuk kesalahan-kesalahan moral seperti zina atau berkhalwat dengan pasangan yang berlainan jantina yang bukan muhrim. Bagaimanapun ia boleh juga menggunakan budi bicara para hakim sebagai alternatif atau tambahan kepada hukuman-hukuman lain.

Al-Watan melaporkan sebuah mahkamah di Jubail telah menjatuhkan hukuman kepada gadis itu untuk 90 sebatan di dalam sekolahnya, diikuti oleh dua bulan penjara.

Hukuman itu lebih keras berbanding jenayah rompakan dan kecurian.

1 comment:

Anonymous said...

takkanlah sampai macam tu...
at least bagilah warning dulu...
kalau buat juga barulah rotan...