Pages

Sunday, January 24, 2010

Khaled Misyal: Al-Aqsa akan Roboh!

Ketua Biro Politik pada Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) Palestin Khalid Mishal memperingatkan dunia Islam, utamanya negara-negara Arab, akan robohnya Masjid al-Aqsha di Jerusalem (Alquds) akibat aktiviti penggalian yang terus menerus dilakukan pihak Israel.

Dikatakan Mishal, Masjid al-Aqsha dan bilangan Alquds saat ini berada dalam status bahaya dan darurat beriringan dengan proses "pembersihan" tempat-tempat bersejarah Islam di sekitar wilayah kota suci itu.

"Dan saya sangat takut jika Masjid al-Aqsha akan runtuh secara tiba-tiba," kata Mishal dalam acara peringatan setahun mengenang perang Gaza yang digelar di Damaskus, Syria, Jumaat (22/1) kemarin, sebagaimana disiarkan Aljazeera.

Mishal menegaskan, bahawa krisis Masjid al-Aqsha dan masalah Palestin adalah krisis dan masalah bersama dunia Arab dan Islam.

Selain itu, Mishal juga menyinggung pentingnya komitmen dan persatuan negara-negara Arab untuk bersama-sama membuka blokade Gaza yang dilakukan Israel sejak 2006 silam serta membangun kembali Gaza yang hancur akibat serangan Israel setahun silam. (jzr)

sumber

No comments: