Pages

Sunday, January 24, 2010

Agen CIA Muslim Rogol 2 Wanita Islam Algeria

WASHINGTON 29 Jan. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan siasatan berhubung dakwaan ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Algeria merogol sekurang-kurangnya dua wanita Islam dengan memberi dadah dalam minuman mereka.

Laporan ABC News menyebut, pegawai CIA yang telah memeluk agama Islam itu dihantar balik ke AS selepas dua wanita terlibat tampil pada September lepas dengan dakwaan berasingan bahawa mereka dirogol di kediaman rasmi pegawai tersebut di Algiers.

"AS memandang serius sebarang tuduhan salah laku membabitkan mana-mana kakitangan kerajaan AS di luar negara," kata jurucakap Jabatan Negara, Robert Wood, semalam.

Beliau berkata, individu berkenaan sudah pulang ke Washington dan kerajaan AS sedang menyiasat kesnya.

"Agensi ini memandang serius sebarang dakwaan salah laku dan akan mengambil langkah sewajarnya," kata jurucakap CIA, Mike Mansfield.

ABC News turut melaporkan penemuan lebih 12 rakaman video menunjukkan pegawai CIA itu melakukan hubungan seks dengan wanita lain.

sumber

No comments: