Pages

Thursday, November 8, 2012

Kekal presiden, 5 perkara Obama tidak harus abai




7 November 2012
Infografik Pemilihan Presiden AS: Negeri Dimenangi Obama-Romney
Infografik Pemilihan Presiden AS: Negeri Dimenangi Obama-Romney
Kekal presiden, 5 perkara Obama tidak harus abai
Reaksi penyokong Barack Obama di Georgia, Atlanta, semalam sebaik keputusan diumumkan. - Foto EPA
SELEPAS pemilihan presiden berakhir, Barrack Obama berjaya kekal dan memenangi bagi penggal kedua dan amanah untuk mentadbir Amerika Syarikat (AS) sekali lagi bermula. Peti mesej khas menunggu presiden dan terlalu sukar untuk diketahui isi kandungannya. Bagaimanapun antara isu utama yang bakal dihadapi oleh Obama ialah:


Mencari tapak di dunia Arab baru

Jelas pilihan raya presiden kali ini mengenai ekonomi pertama, dua dan ketiga, tetapi ia agak mengganggu dunia. Ini kerana kempen pilihan raya kali ini tidak ada  menyimpan pengganas dari membunuh diplomat AS di Benghazi dan tidak pula menghentikan keganasan di Syria. Apabila undi sudah dikira dan disapu bersih, Obama harus memikirkan apa yang sedang berlaku dan bagaimana mahu menyelesaikan konflik dunia ini.

Campur tangan di Libya adalah untuk menyingkirkan diktator besar yang membuatkan negara itu dalam keadaan huru-hara tetapi setakat ini tiada lagi campur tangan untuk menyingkirkan diktator paling buruk di Syria.

Kematian semakin meningkat dan Presiden Syria telah mengakibatkan kemusnahan dan kematian kaumnya sendiri. Selepas kejadian 11 September, kita terus menuduh Iran mewujudkan senjata nuklear. Adakah benar iran membangunkan senjata nuklear atau kita terlalu bimbang hingga menuduh yang bukan-bukan? Adakah kita juga akan berperang dengan Iran?


Mencari tebing fiskal

Walaupun Obma berjaya kekal sebagai presiden, warga Washington masih lagi mengharapkan pemulihan dalam ekonomi dan mereka sudah lama menderita akibat kenaikan cukai. Tebing fiskal ini terjadi akibat kerakusan ahli-ahli politik sendiri. Adakah perkara ini akan berterusan atau akan berlaku tawar-menawar besar-besaran hingga meletakkan negara kepada defisit yang lebih kecil?

Terdapat banyak rancangan yang menunggu termasuk mereka meletakkan harapan bagi mengurangkan defisit besar pengurangan komisyen seperti Simpson/Bowles dan Rivlin/Domenici. Isunya sekarang ialah bukan kekurangan rancangan tetapi kurangnya keberanian.

Demokrat mempunyai kuasa bagi memberi beberapa perbelanjaan terutama kepada mereka yang layak manakala Republikan pula akan mewujudkan sistem cukai yang baru. Ini juga merupaka isu yang terpaksa dihadapi oleh Obama.


Berurusan dengan Republikan

Obama juga harus memikirkan cara untuk berurusan dengan Republikan di Kongres yang sudah tidak lagi berfungsi.  Pada 2010, sekumpulan kecil yang menggelar diri mereka sebagai Tea Party melancarkan serangan mengejut terhadap kepimpinan Republikan. Di bawah pemerintahan Presiden Bush, Republikan mendapat sedikit penguasaan dunia dan sedikit sebanyak mengetepikan kebimbangan tradisional untuk dasar fiskal.

Tetapi, sekali lagi undi majoriti Dewan Rakyat dimenangi kepimpinan yang ‘overreacted’ bukannya menjalin hubungan yang boleh membawa kepada perubahan. Hasilnya masih tiada lagi kemajuan. Sekali lagi Obama perlu memikirkan cara bekerja dengan mereka.

Kedua-dua calon presiden berjanji akan menurunkan kadar cukai korporat sehingga 25 peratus tetapi pembaharuan ini akan menjadikan defisit dalam masa panjang. Potongan cukai bagi industri minyak dan gas merupakan sasaran Obama.


Mengadakan perjanjian berkenaan reformasi cukai

Sudah 25 tahun sejak Kongres Demokrat dan Presiden Reagan merangka kod cukai dan mencapai kadar yang rendah dan sedikit kekurangan. Bagaimana lompong cukai sudah wujud kembali. Kod cukai semasa sunguh tidak teratur. Sudah tiba masanya pentadbiran semasa mewujudkan suasana kod cukai yang teratur.


Perubahan iklim

Isu ini tidak disebut dalam kempen presiden iaitu perubahan iklim. Cubaan Demokrat pada undang-undang perubahan iklim, mangsa yang menghadapi kemelesetan dan ketakutan yang terpaksa mereka hadapi meningkatkan kos dan orang ramai turut merasai bahang melesetan ini.

Pada minggu terakhir kempen, taufan gergasi Sandy melanda AS dan memusnahkan Pantai Jersey dan menutup Manhanttan. Paras laut juga semakin meningkat selepas berlaku taufan gergasi itu. Apa yang Obama boleh lakukan untuk pulihkan keadaan ini? Mungkin taufan Sandy sekali lagi boleh mengubah keadaan ini.

* Dipetik dari CNN

Kediaman Palestin di Hebron diroboh



WARTAWAN SINAR HARIAN
8 November 2012
Kediaman Palestin di Hebron diroboh
Dua lelaki Palestin mencari barangan penting selepas rumah mereka dirobohkan tentera rejim.
HEBRON - Lagi kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang mana kali ini, kediaman penduduk di Hebron dirobohkan seawal subuh, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, tentera rejim menyerbu kawasan perkampungan Durah dan Al-Shioukh selain memecah masuk kejiranan Bab Al-Zawiya.

Sumber sama mengesahkan, askar rejim turut meruntuhkan rumah penduduk Islam Palestin dalam Al-Derat, selatan Hebron.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mendedahkan, seorang penduduk di penempatan haram Yahudi melepaskan beberapa das tembakan ke arah rakyat Palestin di bandar lama, Hebron namun tidak menyebabkan kecederaan. - PNN

Gempa bumi Guatemala 48 maut

Gempa bumi Guatemala 48 mautKemusnahan ekoran gempa bumi di San Marcos, Guatemala. - Foto EPA
GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dan ramai masih hilang dalam kejadian gempa bumi yang melanda kawasan pantai Guatemala semalam.

Menerusi Twitter, Presiden Guatemala, Otto Perez Molina mengisytiharkan amaran kecemasan dan menasihatkan rakyatnya meninggalkan bangunan-bangunan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Pegawai pasukan mencari dan menyelamat berkata pihaknya memerlukan 24 jam untuk memulihkan hubungan di kawasan dilanda gempa bumi pada magnitud 7.4.

Gempa bumi melanda negara itu kira-kira 10.35 pagi waktu tempatan (12.35 tengah malam waktu Malaysia), di kawasan 23 kilometer dari bandar Champerico, sebelah barat daya Guatemala.

Rompakan ala filem James Bond


ENAM perompak menunggang motosikal  berkuasa tinggi merompak kedai emas.
ENAM perompak menunggang motosikal berkuasa tinggi merompak kedai emas.
LONDON: Enam perompak mengejutkan orang ramai apabila melakukan rompakan bermotosikal dengan pantas.
Mereka mengenakan pakaian hitam dan topi keledar penuh sambil menunggang tiga motosikal berkuasa tinggi dalam sebuah pusat beli-belah sebaik saja ia dibuka, semalam.
Pembonceng ketiga-tiga motosikal itu melompat turun lalu memecahkan dinding kaca kedai barang kemas menggunakan kapak dan kayu pemukul.

Saksi berkata, perompak itu menunggang motosikal ke bahagian atas menuju ke kedai barang kemas Fraser Hart di pusat beli-belah Brent Cross di utara London.


Mereka dipercayai mengambil jam tangan jenama Cartier dan Rolex serta barang kemas lain sebelum melarikan diri.

Menurut saksi, orang ramai menjadi panik apabila melihat kejadian itu. Ada yang melarikan diri ke pintu keluar manakala beberapa kedai tidak membenarkan pelanggan mereka keluar ketika rompakan itu berlaku.

Michelle Webber, 36, yang berada di situ berkata, dia masuk dari pintu yang digunakan oleh kumpulan itu, berdekatan dengan kedai John Lewis dan New Look.

Katanya, dia masuk kira-kira 10 minit sebelum rompakan itu berlaku dan mendengar seorang lelaki di belakangnya berkata, “Mari mulakan keseronokan.”

Tidak lama selepas itu, Michelle berkata, keadaan di dalam pusat beli-belah itu menjadi tegang.

“Seorang lelaki berlari ke arah kami dan menjerit supaya semua orang keluar. Waktu itu saya terfikir mungkin ada bom dan saya mula teringatkan anak saya dan keluarga. Saya mula ketakutan dan orang ramai mula berlari keluar dalam keadaan panik,” katanya.

Michelle berkata, orang ramai mula berlari ke arahnya dan cuba menjauhkan diri daripada tempat rompakan itu.

“Di sekitar kami, kedai mula ditutup dan barulah kami sedar sesuatu yang serius telah berlaku. Seorang lelaki memberitahu saya ada perompak bermotosikal di bahagian atas memecah kedai emas dengan kapak,” katanya.

Seorang jurugambar, Rick Treister yang dalam perjalanan ke kedai Apple di Brent Cross mendengar suara orang berteriak dan kaca pecah.

Beberapa saat kemudian, tigag motosikal dipecut dengan laju ke arahnya melepasi kedai kasut Clarks.

Katanya, “Saya tidak sempat untuk merasa takut, kejadian itu seperti mimpi.”

“Ia seperti filem James Bond dan anda tidak percaya kejadian seperti ini berlaku dalam pusat beli-belah Brent Cross,” katanya.

Rick terus mengeluarkan telefon bimbit dan berjaya merakam satu gambar.

“Lelaki yang menunggang motosikal di hadapan menjerit sesuatu kepada saya ketika dia melintas di hadapan saya,” katanya.

Katanya, keadaan menjadi huru hara. Wanita yang bekerja di kedai John Lewis menjerit manakala lelaki yang bekerja di kedai emas itu menjerit mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perompak. - Daily Mail

Bolivia pulangkan mumia kepada Peru

 Foto budak mumia kecil  ini disiarkan oleh Kementerian Kebudayaan Peru.Foto budak mumia kecil ini disiarkan oleh Kementerian Kebudayaan Peru.Lima: Bolivia menyerahkan satu mumia budak kepada Peru kelmarin selepas merampasnya daripada sekumpulan penyeludup antikuiti.

Mumia itu yang terkenal di Peru berusia sekurangnya 700 tahun dan hanya setinggi 30.48 sentimeter.
Peru menyambut baik langkah Bolivia menyerahkan mumia itu dan menganggapnya sebahagian daripada usaha melindungi warisan budayanya.


“Mumia itu kecil saja. Ia melambangkan bagaimana sejarah warisan kita dicabul,” kata Menteri Kebudayaan Peru, Luis Peirano kepada wartawan.

Polis rampas

Polis Bolivia merampasnya selepas seorang penduduk memasukkannya dalam kotak kadbod dan cuba menghantarnya dengan kapal ke satu alamat di Compiegne, Perancis, dua tahun lalu.

Menteri Kebudayaan Bolivia, Pablo Groux, secara rasmi me nyerahkannya kepada Peru dalam sidang akhbar.
Ia dibungkus dengan kain linen dengan lapisan kapas dan wool di bawahnya bagi melindungi keadaan mumia itu.

“Penyeludup cuba meningkatkan harganya dengan meletakkan bahan lain pada mumia itu,” kata pegawai Kementerian Kebudayaan Peru, Blanca Alva.

Jantina mumia itu tidak dapat dipastikan. Pakar arkeologi percaya, mumia budak itu berasal dari kawasan pantai Peru sebelum era Inca dan berusia dua tahun.

Peru adalah pusat empayar Inca dan menjadi tempat simpanan berpuluh warisan budaya zaman itu.

Banyak warisan zaman itu dicuri termasuk seramik, kraftangan emas dan perak serta tekstil dan lukisan sebelum era penjajahan.

Mumia budak diserahkan kepada Peru itu adalah yang kedua dipulangkan selepas Jerman menyerahkan satu lagi mumia tahun lalu. - AP

Rangka gajah purba ditemui




GAMBAR fail menunjukkan seekor gajah purba dan anaknya.


MEAUX, Perancis - Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis kelmarin.
Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris.
Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra.
Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun. - AFP

Ikan kap panggang jadi menu istimewa di Iraq





SEORANG penjaja memanggang seekor ikan kap di Baghdad pada 5 Oktober lalu.



BAGHDAD - Rata-rata pengunjung yang tiba di al Khadra, Iraq pasti akan memilih menu istimewa masgouf yang merupakan santapan popular Iraq dengan menggunakan ikan kap yang dipanggang.
Ikan segar itu dibelah dua dan dimasak dengan kombinasi bawang, rempah-ratus dan sos tomato.
Haiwan tersebut kemudian dipanggang di atas rak di dalam sebuah lubang yang dipenuhi bara api.
Pelanggan dikenakan bayaran sekitar 40,000 dinar (RM100) untuk setiap hidangan masgouf.
Harga untuk hidangan ini dipercayai mahal mengikut standard restoran di Iraq.
Bagaimanapun, kebanyakan penduduk di sini memilih untuk membeli ikan di pasar dan memasaknya di rumah.
Seorang penduduk Iraq Umm Ahmed memilih seekor ikan kap di sebuah pasar di Shawka yang terletak di pusat bandar Baghdad untuk dijadikan menu masgouf.
"Saya memasak menu masgouf dan ia menjadi memori untuk anak dan suami saya.
"Mereka terbunuh dalam satu serangan pada tiga tahun lalu, semasa solat Jumaat," katanya sedih.
Seorang peniaga, Harith Faraj, yang mengusahakan sebuah gerai jualan ikan segar bersetuju dengan mendakwa bahawa harga ikan lebih murah berbanding daging.
"Sekilo ikan berharga 6,500 dinar (RM15.25).
"Kini, ikan semakin mampu dibeli oleh setiap orang. Beberapa tahun lalu ia terlalu mahal," katanya. - AFP

Wednesday, November 7, 2012

Taufan Sandy balasan Tuhan



Seorang penduduk, Kathy Lahey menggeladah tapak rumahnya bagi mencari barangan peribadi selepas kediaman tersebut musnah akibat Taufan Sandy di kawasan penempatan Queens, New York City, pada 4 November lalu. - AFP
NEW YORK 6 Nov. - Tiga pemimpin agama tempatan menyatakan, Taufan Sandy yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kemusnahan besar adalah kesan daripada kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Paderi Luke Robinson dari Gereja Quinn Chapel AME di Frederick, Maryland berkata, Sandy melanda New York City selepas Datuk Bandar Michael Bloomberg menyumbang dana kepada satu kempen di Maryland yang mempertahankan undang-undang perkahwinan sejenis di negeri itu.
"Bloomberg telah menyumbang sebanyak AS$250,000 (RM750,000) untuk kempen itu dan datang ke Maryland untuk membincangkan masalah tersebut.
"Ketika beliau berada di Maryland, seseorang telah berbisik menyatakan, 'Lebih baik kamu pulang ke rumah dan membuat bekalan kerana Tuhan sedang memberi hukuman'," kata Robinson seperti yang dilaporkan akhbar Washington Blade.
Menurut laporan akhbar tersebut, kenyataan paderi itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan satu perhimpunan yang menentang perkahwinan sejenis di Maryland.
Jelas Robinson seperti yang dilapor akhbar tersebut, Sandy melanda AS minggu lalu ketika berakhirnya musim taufan.
"Taufan itu turut melanda Maryland, tetapi atas kuasa Tuhan, bencana alam itu tidak mengganas di sini," katanya.
Seorang lagi ketua agama, Noson Leiter dari pertubuhan Yahudi Torah Jews for Decency turut menyatakan perkara sama apabila menyifatkan Taufan Sandy sebagai balasan Tuhan disebabkan undang-undang perkahwinan sejenis yang disokong di New York.
Terdahulu, seorang lagi paderi, John McTernan di laman webnya mengaitkan Taufan Sandy dengan amalan LGBT dan pendirian Obama yang menyokong perkahwinan sejenis.
"Tuhan telah merancang untuk memusnahkan Amerika. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara kita tahun ini," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121107/lu_02/Taufan-Sandy-balasan-Tuhan#ixzz2Bb01kY3k
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Replika Taj Mahal bernilai RM56j

Replika Taj Mahal bernilai RM56jReplika Taj Mahal bernilai RM56j
Seramai 35 pekerja mahir di Bhopal, India menghabiskan masa selama 18 bulan untuk menyiapkan model Taj Mahal setinggi satu meter dihasilkan daripada 20 kilogram emas, 400 kg perak dan lapan butir berlian. Mereka turut membuat ukiran dan tulisan kaligrafi sebenar seperti terdapat pada binaan yang disenaraikan sebagai tujuh keajaiban dunia itu.

Replika Taj Mahal bernilai 11.5 juta pound (RM56 juta) itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.  - 

Ecuador rancang bina menara tertinggi dunia



BANGUNAN Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.



QUITO - Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia.
Timbalan Gabenor Quito, Marcela Costales berkata, selain menarik ramai pelancong, menara itu akan menjadi simbol penghormatan kepada budaya penduduk pribumi, Quitu-Cara.
Menara tersebut dilaporkan menelan kos AS$200 juta (RM612.3 juta) untuk dibangunkan.
Costales berkata, beberapa pelabur asing dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah serta Qatar telah melawat Ecuador dan berminat untuk melabur dalam pembinaan itu.
Sehingga kini, Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 828 meter.
Sementara itu, pendokong utama pembinaan menara yang termasuk dalam Quito ialah gabenor wilayah Pichincha, Gustavo Baroja.
Katanya, pembinaan bangunan paling tinggi itu akan dinamakan sebagai Menara Matahari.
"Kami mahu ia menjadi satu ikon global yang mencerminkan siapa diri kami," kata Baroja. - AFP

Burung emu diternak di India




SEORANG pekerja membuka pintu ladang burung emu di Kampung Vasna-Rathod, 40 kilometer dari Ahmedabad, India pada Khamis lalu.


NEW DELHI - Terdapat lebih 1,500 ladang burung emu di India.Burung itu diternak kerana daging haiwan tersebut mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia boleh dijual untuk memperoleh pendapatan.
Lemak haiwan emu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak untuk pembuatan alat solek dan dijadikan diet tambahan.
Bulu haiwan tersebut juga boleh digunakan untuk membuat kasut dan dompet.
Haiwan yang berasal dari Australia itu tidak boleh terbang dan ia kelihatan seperti burung unta. - Agensi

Kumpulan anak muda perkenal parkour di Gaza




TIGA pemuda melompat semasa menunjukkan kemahiran parkour yang dimiliki mereka di Khan Yunis, Gaza pada 
7 Oktober lalu.



KHAN YUNIS, Palestin - Sukan ekstrem parkour yang menggabungkan kombinasi berlari, melompat dan gimnastik diperkenalkan sekumpulan anak muda di Genting Gaza.
Sebuah kumpulan yang dianggotai 12 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an membuat demonstrasi sukan tersebut di Hospital Nasser, Genting Gaza baru-baru ini.
Sejumlah penonton termasuk pesakit dan doktor melihat aksi kumpulan anak muda itu.
"Dia seperti Superman," kata seorang penduduk yang melihat seorang anggota kumpulan itu, Mohammed Jakhbir berlari ke arah dinding dan membuat lompatan.
Seorang pemuda, Jihad Abu Sultan, 24, berkata, dia menyertai kumpulan itu empat tahun lalu selepas melihat klip video Mohammed di laman YouTube.
"Saya kagum dengan parkour terutamanya ketika melibatkan aksi lompatan," katanya yang mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri kungfu.
Anggota-anggota kumpulan itu melakukan latihan di kem pelarian Palestin di sini.
Parkour diperkenalkan oleh kumpulan Yamakasi di Perancis pada 1980-an. - Agensi

Tuesday, November 6, 2012

Pameran hidupan laut unik di Taipei



BEBERAPA ekor udang biru.


TAIPEI - Sejumlah hidupan laut yang unik dipamerkan pada sidang akhbar semalam sebelum Ekspo Akuarium Antarabangsa berlangsung di Dewan Pameran Nangang di sini.
Lebih 100 buah tangki ikan akan dipamerkan pada ekspo itu yang akan berlangsung dari Jumaat ini hingga 12 November depan.
Antara ikan yang dipamerkan itu ialah Cichlasoma sp, udang biru dan kuda laut.
Turut dipamerkan ialah ikan bermata gelap dari Amerika Selatan yang dikenali sebagai dull eyed royal pleco berusia lebih 60 tahun dan sepanjang 60 sentimeter. - AFP

153 orang berbogel untuk seni




SEBAHAGIAN sukarelawan yang memakai kain jarang pada sesi fotografi Tunick di negeri San Miguel de Allende kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang artis seni terkenal, Spencer Tunick merakamkan gambar 153 sukarelawan yang berbogel di negeri San Miguel de Allende, Mexico kelmarin.
Ketika Tunick merakamkan gambar itu, 153 orang termasuk wanita hanya memakai kain jarang.
Gambar itu dirakamkan sempena Festival Rangka Manusia untuk memperingati Hari Kematian.
Tunick, 44, sebelum ini terkenal dengan hasil kerja seninya yang merakamkan gambar bogel melibatkan ramai orang. - Agensi

Monday, November 5, 2012

Pengantin kecil tuntut cerai di mahkamah



Sana’a : Seorang kanakanak berusia 10 tahun, Neejod Ali, terpaksa bersembunyi di luar sebuah mahkamah di Yaman sebelum berjaya mendapatkan permohonan perceraian daripada suaminya berusia 30 tahun.

Cuba melarikan diri
Neejod yang muncul dalam satu rancangan bual bicara stesen televisyen Lubnan, berkata dia dipaksa berkahwin oleh keluarganya 10 bulan lalu, ketika berusia sembilan tahun.

“Bapa memaksa saya berkahwin dengan lelaki itu,” katanya yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Neejod berkata dia tidak pernah melihat suaminya hinggalah pada hari perkahwinan mereka dan ketika itu dia benar-bnar berasa sangat takut.

Cuba melarikan diri

“Saya cuba melarikan diri daripada suami saya pada malam perkahwinan. “Tetapi keluarganya memukul saya dan memaksa saya membuat kerja rumah,” katanya.

Hakim bawa pulang

Neejod berkata salah seorang ibu saudaranya, dan seorang pemandu teksi turut membantu dia pergi ke mahkamah untuk menuntut cerai daripada suaminya.
“Ketika sampai di mahkamah saya terasa begitu takut dan bersembunyi di bangunan mahkamah dan menunggu hingga ia ditutup.

“Ketika hakim hendak pulang ke rumah dia melihat saya menunggu di luar.

Saya memberitahu hakim itu masalah saya dan beliau sangat bersimpati,” katanya.
Berikutan itu, hakim terbabit kemudiannya membawa Neejod ke rumahnya dan dia tinggal di situ selama tiga hari.

“Beliau akhirnya membawa saya ke mahkamah serta meluluskan permohonan tuntutan cerai saya,” katanya. - Agensi

100 UFO dilihat di Jammu Kashmir



Srinagar: Tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa mereka melihat sekurang-sekurangnya 100 Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) di ruang udara Jammu dan Kashmir antara 1 Ogos dan 15 Oktober tahun ini.

Objek bercahaya
Akhbar India Today, menyatakan ITBP sudah memaklumkan butiran terperinci UFO yang dilihat dalam satu laporan kepada ibu pejabatnya di New Delhi dan kepada Pejabat Perdana Menteri.

Laporan menyatakan ‘objek bercahaya tidak dikenali’ dilihat di ruang udara wilayah itu dan menolak kemungkinan cahaya pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah.

“Objek bercahaya yang dilihat, bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi,” kata India Today memetik kenyataan seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas gambar kabur diambil pasukan ITBP.

Pasukan tentera yang merekodkan penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah melakukan beberapa usaha untuk mengenal pasti objek berkenaan.

Lakukan kajian
Laporan mengenai kehadiran UFO pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Bagaimanapun kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap, mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya.

Pasukan itu cuba mengenal pasti objek itu September lalu, menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum, tetapi gagal, berikutan kedua-dua peranti gagal mengesannya. - Agensi

Pemberontak Syria rampas medan minyak



DAMSYIK: Kumpulan pemberontak dilaporkan berjaya menguasai medah minyak dan menembak jatuh jet pejuang di timur Syria, hari ini, dengan pihak pembangkang kini berbincang mengenai usaha damai di Qatar.

Pemberontak mula meningkatkan penguasaan di sebelah timur Wilayah Deir Ezzor dengan pasawat pejuang kerajaan terus melakukan serangan udara bagi mempertahankan kemaraan mereka ke Damsyik dan di utara Wilayah
Aleppo dan Idlib. Media tempatan juga melaporkan, satu letupan menggegarkan kawasan sekitar Dama Rose Hotel di tengah ibu negara menyebabkan 11 orang awam cedera.


Hotel berkenaan adalah tempat penginapan wakil misi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi yang kini dalam lawatan ke Damsyik.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, medan minyak yang ditawan itu adalah yang pertama oleh pihak pembangkang sejak menentang rejim Presiden Bashar al-Assad pada Mac 2011.

“Pemberontak Briged Jaafar Tayyar menguasai sepenuhnya medan minyak Al-Ward di timur bandar Mayadin, selepas gerakan penawanan berlangsung beberapa hari lalu.
“Ini pertama kali pemberontak menguasai medan minyak," kata pengarah badan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Serangan ke atas medan minyak berkenaan menyebabkan lebih 40 askar kerajaan terbunuh atau ditawan.

Beliau berkata, pemberontak menembak jatuh jet pejuang di Deir Ezzor dengan juruterbangnya turut ditahan. - AFP

Wanita dipaksa tebus ‘dosa’




         
MANAMA: Seorang wanita muda Arab Saudi dipaksa berkahwin dengan sepupunya yang buta sebelah mata akibat perbuatannya ketika mereka kanak-kanak.

Laman berita Arab Saudi, Sabaq, melaporkan, si lelaki gagal mencari calon isteri menyebabkan bapanya, mendesak anak perempuan adiknya mengahwini anaknya. Wanita berkenaan tercucuk mata sepupunya itu dengan penyapu ketika mereka kanak-kanak. - AN

Alwaleed Arab paling kaya




         
RIYADH: Kekayaan bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal meningkat sebanyak 32 peratus kepada AS$ 22.9 bilion (RM69 bilion) tahun lalu, menjadikan beliau orang Arab paling kaya.

Menurut senarai ‘200 Orang Paling Kaya Dunia’ yang dikeluarkan Bloomberg, kekayaan putera itu meningkat sebanyak AS$5.6 bilion (RM2 bilion) sepanjang 12 bulan lalu.


Pengerusi Kingdom Holding berusia 57 tahun itu menduduki tangga ke-20 senarai berkenaan. Pelaburannya termasuk dalam syarikat Apple, News Corporation dan Twitter.

Seorang lagi bilionair Arab Saudi, Mohammed Al Amoudi menduduki tangga ke-10 senarai berkenaan dengan kekayaannya meningkat sebanyak 10.7 peratus kepada AS$10.1 bilion (RM30 bilion). Pengerusi Bank Al Rajhi, Sulaiman Bin Abdul Aziz Al Rajhi menduduki tangga ke 140 dengan kekayaannya meningkat 5.2 peratus kepada AS$7.9 bilion (RM24 bilion). - Agens

Makam puteri Firaun ditemui




TIGA ukiran patung ditemui di makam Puteri Nebti di selatan Kaherah baru-baru ini.


KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini.
Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara.
Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy kelmarin selepas ia ditemui baru-baru ini.
Terdapat empat tiang batu di makam puteri tersebut.
Inskripsi pada tiang itu menunjukkan puteri berkenaan merupakan anak perempuan Raja Men Salbo.
Tapak makam itu kini ditutup bagi mengelak kehadiran orang awam.
Bagaimanapun, Mohamed berkata, kerja-kerja penggalian di lokasi tersebut masih lagi di peringkat awal. - AP

Aamir Khan kembali ke India dari Mekah




AAMIR


MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain selamat kembali ke India pada Jumaat lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita examiner.com kelmarin.
Aamir dan Zeenat dilihat tiba di sebuah lapangan terbang di sini bersama enam pengawal peribadi aktor itu.
Pelakon yang mempunyai ramai peminat itu pernah berjanji untuk membawa ibunya mengerjakan haji.
Mereka berangkat ke Mekah pada 19 Oktober lalu selepas selesai pelancaran lagu untuk filem terbaharunya, Talaash.
Ia merupakan ibadah haji yang pertama pelakon tersebut.
Aamir merupakan salah seorang pelakon paling popular Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. - Agensi

12 cedera bom meletup dekat hotel di Damsyik



SEBUAH bangunan kesatuan sekerja turut rosak dalam serangan bom kereta di Damsyik semalam.


DAMSYIK, Syria - Sebuah bom kereta meletup berhampiran hotel Dama Rose yang terletak di pusat bandar Damsyik semalam menyebabkan beberapa orang cedera, lapor sebuah stesen televisyen propemerintah.
Letupan kuat itu menggegarkan hotel itu dan menyebabkan kebanyakan tingkap hotel pecah, lapor stesen televisyen Ikhbariyeh TV.
Hotel itu pernah digunakan oleh pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika melawat Syria.
Menurut laporan televisyen itu, bom berkenaan diletakkan di bawah sebuah kereta dekat bangunan kesatuan sekerja.
Seorang ketua kesatuan sekerja, Mohammad Azouz memberitahu agensi berita The Associated Press, sekurang-kurangnya 12 orang cedera akibat terkena serpihan kaca dan dua daripada mereka parah.
Pertempuran antara kumpulan penentang dengan tentera Syria bermula sejak Mac tahun lalu yang mengakibatkan lebih 30,000 orang terbunuh.
Para penentang itu mahu Presiden Syria, Bashar Al-Assad digulingkan kerana gagal untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi

Penduduk New York masih terjejas




SEBUAH rumah yang musnah masih belum dibaiki di Pantai Union, New Jersey kelmarin.


NEW YORK - Kekurangan bekalan petrol dan diesel semalam menjejaskan usaha-usaha pemulihan di lokasi yang dilanda taufan Sandy pada minggu lalu.
Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali pulih di kebanyakan kawasan Manhattan kelmarin selepas banjir melanda kawasan perumahan.
"Manhattan tidak lagi kelihatan seperti bandar hantu," kata seorang jurucakap syarikat elektrik Con Edison, Bob McGee.
Para kakitangan syarikat itu berusaha untuk memulihkan bekalan di sekolah yang dijangka dibuka semula pada hari ini.
Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, kira-kira 40 peratus penduduk tidak akan mendapat bekalan elektrik selama seminggu lagi.

SEJUMLAH penduduk menunggu untuk memperoleh bekalan petrol percuma di Brooklyn, New York kelmarin.


Ketiadaan bekalan elektrik itu akan menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan alat pemanas ketika cuaca sejuk melanda.
Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS), kira-kira 550,000 penduduk tidak mendapat bekalan elektrik di Pulau Long.
Sementara itu, polis di New Jersey meningkatkan angka kematian kepada 22 orang sekali gus menjadikan jumlah korban taufan tersebut di AS ialah 109 orang.
Para pegawai di sini turut mengumumkan bahawa beberapa buah trak tentera akan membawa 38 liter minyak untuk diberikan kepada para pemandu secara percuma.
Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur AS sehingga hampir menenggelamkan bandar raya ini pada Isnin lalu. - Agensi

Sunday, November 4, 2012

Iran selesai pasang alat tingkat upaya pengayaan uranium



Loji Nuklear Iran
Kewujudan loji nuklear Fordo ini mula didedahkan pada 2009 selepas ia dikesan oleh Perkhidmatan Perisikan Barat. Foto: AP
TEHERAN - Ketua Agensi Tenaga Atom Iran, kelmarin, mengesahkan negara itu selesai memasang centrifuge (alat berfungsi untuk meningkatkan keupayaan pengayaan uranium) di loji nuklear Fordo terletak berhampiran Qom.

Fereydoun Abbasi turut memberitahu kejayaan negara itu melengkapkan projek pengayaan uranium mereka seperti yang dirancang sebelum ini.

Minggu lalu, diplomat Barat mendakwa Teheran semakin hampir menamatkan projek pembinaan senjata nuklear mereka walaupun centrifuge baru masih belum diaktifkan.

Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebelum ini menyebut Teheran sudah melakukan pengayaan uranium sehingga tahap 20 peratus.

Ogos lalu, IAEA juga melaporkan jumlah centrifuge di Fordo juga telah meningkat sekali ganda mencecah 2,140 unit. - Haaretz

Ulama sifatkan Taufan Sandy sebagai hukuman



Taufan Sandy
Beribu kediaman musnah di Breezy Point, Queens, New York. -Reuters
KAHERAH - Segelintir ulama menyifatkan tragedi Taufan Sandy yang membadai New York dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat (AS) adalah hukuman ALLAH SWT selepas kelancangan dan kebiadaban negara itu menerbitkan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Ulama Mesir, Wagdi Ghoneim menganggap taufan itu sebagai pembalasan terhadap penerbitan filem anti-Islam yang dilakukan AS sehinggamencetuskan gelombang protes di seluruh dunia pada September lalu.

“Punca dan sebab taufan di AS masih menjadi persoalan dan saya berpendapat ia adalah pembalasan ALLAH SWT terhadap kemungkaran mereka,” katanya.

Kenyataan itu disampaikan melalui laman Twitternya selepas dua hari bencana itu melanda AS.

Manakala ulama Arab Saudi, Salman al-Audah berkata, taufan mengorbankan lebih daripada 140 orang itu, adalah petanda awal untuk mendorong rakyat AS memeluk Islam.

Namun, reaksi berbeza disuarakan mufti besar negara itu, Abdel Aziz Al Sheik apabila menyatakan rasa simpatinya terhadap mangsa bencana.

“Jangan terlalu gembira dengan tragedi itu kerana terdapat mangsa bencana dalam kalangan umat Islam dan mereka turut menderita,” katanya.

Sementara itu, ulama Iran berpendapat, kejadian itu adalah kuasa ALLAH SWT kerana Iran juga pernah mengalami bencana yang sama pada 2003 hingga menyebabkan lebih 26,000 terkorban di bandar Bam.

Polis tembak mati suspek militan



Dua anggota polis anti-pengganas Indonesia, Densus 88, mengacukan rifel ketika melakukan serbuan terhadap rumah suspek pengganas, Abdul Halid Tumbingoa di Poso, semalam. - AFP
POSO, Sulawesi 3 Nov. - Polis Indonesia menembak mati seorang suspek anggota militan dan merampas sejumlah bom dalam satu serbuan di sini hari ini.
Jurucakap Polis Persekutuan, Boy Rafli Amar berkata, serbuan ke atas rumah tersebut dilakukan oleh polis tempatan dan unit anti keganasan di Kampung Kayamaya di sini selepas waktu subuh.
''Suspek yang dikenali sebagai Abdul Halid Tumbingoa, 24, terbunuh dalam serbuan itu dan seorang lagi ditangkap dan dibawa ke ibu pejabat polis di bandar Palu.
''Suspek berkenaan melemparkan bahan letupan ke arah polis ketika serbuan dibuat menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan balas,'' katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas beberapa butir bom yang siap dipasang dan beberapa bahan letupan dari rumah tersebut.
Sementara itu, saksi yang enggan dikenali berkata, lelaki-lelaki tersebut ditembak di luar sebuah sekolah ketika mereka cuba melarikan diri dari rumah tersebut.
Jurugambar AFP turut menyaksikan kesan darah di padang sekolah berkenaan selepas kejadian tersebut.
Serbuan tersebut dilancarkan selepas seorang suspek anggota militan dibunuh, dua lagi ditangkap dan sejumlah bahan letupan dirampas dalam serbuan di Poso, empat hari lalu.
Pada bulan lalu, dua anggota polis ditemukan mati di Poso selepas hilang ketika menyiasat terdapat kem militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121104/lu_02/Polis-tembak-mati-suspek-militan#ixzz2BDwf9XU8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

70 maut serangan di bandar Harem



BEBERAPA penduduk Syria melihat keadaan sebuah masjid yang musnah dalam serangan udara tentera kerajaan di kampung Taftanaz, wilayah Idlib pada 1 November lalu. - AGENSI
DAMSYIK 3 Nov. - Sekurang-kurangnya 70 orang maut dalam serangan udara tentera Syria ke atas bandar Harem, utara negara ini.
Jawatankuasa Penyelaras Tempatan, iaitu rangkaian pembangkang berkata, seramai 70 orang maut dalam serangan udara semalam di bandar tersebut yang terletak di wilayah Idlib.
Seorang aktivis, Moaz al-Shami berkata, kerajaan Syria meningkatkan serangan udara ke atas Ghouta Timur, pinggir bandar Damsyik.
''Presiden, Bashar al-Assad mengambil tindakan melancarkan serangan udara selepas gagal dalam cubaan mengerahkan tentera darat merampas kembali bandar itu.
''Assad cuba merampas kembali kawalan ke atas Ghouta Timur beberapa kali, tetapi terpaksa berundur selepas pertempuran hebat dengan pemberontak. Kini beliau cuba menyerang menggunakan kekuatan udara pula,'' katanya yang dipetik oleh stesen televisyen al-Jazeera.
Media rasmi melaporkan, tentera kini menjalankan 'operasi pembersihan' di kawasan yang disifatkan sebagai milik pengganas.
Aktivis berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam serangan udara di bandar Douma.
Dalam pada itu, tentera Syria dilaporkan berundur dari pangkalan tentera terakhir berdekatan Saraqeb, wilayah Idlib selepas pertempuran sengit dengan pemberontak. - Agensi/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121104/lu_01/70-maut-serangan-di-bandar-Harem#ixzz2BDwWByY0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hayati derita perang



LENGKAP...pagar kawat berduri turut dibina.
         

LENGKAP...pagar kawat berduri turut dibina.
DIKELILINGI kawat berduri, beg pasir dan tanah, parit sepanjang 20 meter seperti pernah digunakan tentera Britain menentang musuh mereka dalam Perang Dunia Pertama hampir seabad lalu.

Binaan mencabar itu dilakukan dengan sabar oleh bekas guru sejarah, Andrew Robertshaw di belakang rumahnya di Charlwood, Surrey, England.


Turut menjayakan pelan itu ialah 30 sukarelawan, termasuk anggota Rejimen ke-23 Kor Lojistik Diraja Britain yang bertungkus-lumus selama sebulan menggali parit dengan mengalihkan 200 tan tanah.

   Foto

KERJA PEMBINAAN...30 sukarelawan membantu Robertshaw menggali parit.

Foto
MENARIK... Robertshaw menggunakan beg pasir dan tanah untuk menahan tebing parit sepanjang 20 meter.
Foto

MACAM BETUL... sukarelawan membuat lakonan semula kehidupan seharian tentera zaman Perang Dunia Pertama.

Selain parit, mereka membina tiga bilik seperti digunakan tentera Britain ketika zaman perang dulu, membabitkan dapur, bilik infantri dan pejabat pegawai.


Untuk merasai pengalaman itu, Robertshaw, 55, dan sukarelawan lain menghabiskan masa 24 jam sehari di dalam parit berkenaan.


Mereka melakonkan pelbagai aksi seperti tentera sebenar.

Kata Robertshaw, pembinaan parit itu diharap dapat memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai kesukaran hidup tentera mereka ketika berjuang dalam perang.


Bapa kepada seorang anak, Robertshaw bertindak sebagai penasihat tentera seperti dalam filem Steven Spielberg, War Horse, manakala sukarelawan lain mengenakan pakaian seragam tentera.

Mereka menggunakan raifal untuk menembak peluru ke arah kawasan belukar ketika melakonkan aksi perang berkenaan.


Kata Robertshaw, datuknya terbabit dalam Perang Dunia Pertama dan mengalami kecederaan tiga kali.


“Saya mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa perang adalah mengenai perjuangan, bukan sekadar isu hidup dan mati.


“Jika tidak berperang, beginilah mereka hidup,” katanya.


Robertshaw kini menguruskan Muzium Kor Logistik Diraja di Deepcut, Surrey.


Katanya, perasaan paling selalu dirasa sebagai ‘tentera’ itu ialah ikhtiar untuk cuba mendapatkan keselesaan sebaik mungkin ketika terkurung dalam parit.


“Dengan adanya parit ini, orang ramai akan tahu bahawa apa yang berlaku pada zaman itu mempunyai kaitan secara langsung dengan dunia hari ini,” katanya.


Bersama sukarelawan itu, Robertshaw menulis pengalaman menjadi tentera dalam diari sepanjang tempoh 24 mereka berkurung dalam parit berkenaan.


“Ia adalah untuk pembelajaran,” katanya.


Antara yang dicatat, pengalaman mereka memasak, makan dan membersihkan diri dalam parit.


Kata Robertshaw, sebagai bekas guru, dia mahu orang ramai tahu lebih banyak mengenai sejarah dan sedar bahawa Perang Dunia Pertama membawa makna besar dalam perkembangan dunia.


Robertshaw juga dalam proses menyiapkan video mengenai pengalaman Perang Dunia Pertama untuk digunakan di sekolah.


Antara lain, video itu akan memaparkan apa yang ada di parit berkenaan serta sebahagian daripada lakonan semula perang.


Tidak cukup dengan itu, Robertshaw berharap dia dapat membina satu laman sesawang bagi membolehkan pelajar meneroka parit berkenaan secara maya.


Kata Robertshaw, laman sesawang membolehkan generasi muda melihat secara lebih dekat dan jelas bagaimana sejarah tercipta puluhan tahun lalu.


“Pembelajaran melalui maya boleh digunakan di sekolah kerana ia lebih realistik berbanding hanya melihat gambar hitam putih seperti sebelum ini,” katanya.


Dia juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat merasai pengalaman di dalam parit itu, terutama di kalangan peminat sejarah.


Sepanjang tempoh 24 jam hidup sebagai ‘tentera’, Robertshaw turut mengambil pelbagai gambar untuk dimuatkan dalam bukunya berjudul 24 Hour Trench: A Day In The Life Of A Frontline Tommy.


Mengenai tindakannya menggali parit di belakang rumahnya, Robertshaw berkata, setakat ini tiada jiran mengadu atau membuat bantahan.


Malah, katanya, sesetengah jiran turut menyediakan minuman ketika dia dan sukarelawan lain melakonkan adegan perang pada waktu malam.


Sejak memulakan binaan berkenaan musim panas lalu, Robertshaw menjual rumahnya di Surrey dan sudah berpindah. Namun, kerana bertekad ingin melihat kesan projek itu, dia mengekalkan pemilikan tanah yang menjadi tapak parit berkenaan.


Sementara itu, jiran Robertshaw, Steven Andrews, 63, berkata dia terdengar bunyi tembakan dari parit itu ketika lakonan semula dilangsungkan.


“Tanah kami terletak bersebelahan, tetapi kami tidak pernah menghadapi masalah,” katanya.


Satu-satunya kebimbangan Andrews ialah kuda peliharaannya.


“Apabila lakonan semula perang dijalankan, kuda saya mudah terkejut,” katanya.


Justeru, untuk mengelak masalah, Andrews dan Robertshaw mencapai persefahaman - tiada lakonan semula pada waktu tertentu, terutama apabila kuda berkenaan dibiarkan lepas dari kandang.


“Kadangkala kami dengar bunyi tembakan dan Robertshaw menggunakan raifal seperti zaman Perang Dunia Pertama.


“Bagaimanapun, disebabkan ia jarang berlaku, kami tidak keberatan,” katanya.

38 tahun angkat tangan

MANHANT dengan tangan kanan yang tidak pernah diturunkan.
MANHANT dengan tangan kanan yang tidak pernah diturunkan.
NEW DELHI: Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973.
Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.

Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva.

Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.

Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun. - Agensi

Kena 17 tahun serang Pentagon

Rezwan Ferdaus
Rezwan Ferdaus
Boston: Seorang lelaki Massachusetts dijatuhi hukuman penjara 17 tahun selepas didapati bersalah berkomplot menyerang Pentagon dan bangunan Capitol di Washington dengan bahan letupan diisi ke dalam model pesawat kawalan jauh.

Rezwan Ferdaus, yang ditahan September 2011 dan mengaku bersalah Julai lalu atas tuduhan berkaitan keganasan dalam satu perjanjian dengan pendakwa raya, memberitahu mahkamah dia memperuntukkan banyak masa menyesali perbuatannya ketika berada di penjara sementara menunggu hukuman dan menerima nasibnya.
Ferdaus, 26, ditahan selepas satu operasi serbuan FBI di mana dia meminta dan mengambil penghantaran bahan letupan. - Reuters 

Israel bunuh Abu Jihad

pix_gal0Ehud Barak, Moshe Yaalon jadi dalang

BAITULMAQDIS: Israel semalam mengaku membunuh timbalan pemimpin Palestin, Yasser Arafat, yang juga pengasas Fatah Khalil al-Wazir atau Abu Jihad (gambar), dalam serbuan pada 1988 di Tunisia.
Pengakuan itu akhirnya membongkar rahsia hampir 25 tahun dan membenarkan tanggapan mengenai operasi rahsia Zionis sebagai sebab kematian beliau. Abu Jihad yang berpengaruh dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bersama Arafat, dipersalahkan di atas siri serangan maut terhadap penduduk Israel.



'Saya tembak'

Dua dalang yang terbabit dalam operasi membunuh al-Wazir, kini menyandang jawatan politik tinggi di Israel iaitu Menteri Pertahanan, Ehud Barak dan Timbalan Perdana Menteri, Moshe Yaalon.

Ketika Barak adalah timbalan ketua tentera dan Yaalon mengetuai unit elit komando, Sayeret Matkal. Peranan mereka di dalam operasi itu tidak dihebahkan dan pejabat kedua-duanya juga enggan memberi komen.
Israel memang sudah lama disyaki membunuh al-Wazir. Namun baru sekarang badan tapisan tentera wilayah itu membenarkan akhbar Yediot Ahronot menyiarkan maklumat berkenaan, selama 12 tahun termasuk temubual dengan komando yang membunuhnya.

“Saya menembaknya dan berhati-hati supaya tidak mencederakan isterinya yang ada di situ. Beliau meninggal dunia. Abu Jihad terbabit dalam tindakan ganas ke atas penduduk awam. Saya menembaknya tanpa sebarang keraguan,” kata komando Nahum Lev kepada akhbar itu sebelum kematiannya dalam kemalangan motosikal pada 2000.

Berpuluh-puluh operasi sama dikaitkan dengan Israel sejak berdekad lalu. Namun Israel jarang mengambil tanggungjawab dan tidak memberi komen mengenai operasi itu.

Pegawai Israel tidak mengesahkan operasi itu secara terbuka. Bagaimanapun, keputusan badan tapisan membenarkan penyiaran itu bermakna Israel semakin hampir membuat pengakuan.

Identiti rahsia

Tugas utama badan itu ialah menghalang penerbitan bahan yang dianggap ancaman kepada keselamatan negara. Israel mempunyai dasar melarang penerbitan maklumat yang mendedahkan ejennya, taktik dan kaedah pengumpulan perisikan atau meletakkan nyawa orang masih hidup yang terbabit dalam sebarang operasi dalam bahaya.

Walaupun dalam kes al-Wazir ia muncul lama sebelum khabar angin dan laporan asing mendakwa berjaya mendedahkan operasi itu, bersama-sama kematian penembak, pejabat badan penapisan memutuskan untuk menggugurkan larangan penyiaran. Banyak maklumat dan identiti mereka yang terbabit masih kekal rahsia. - AP

Gempa 6.1 gegar selatan Filipina



MANILA: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 melanda persisir pantai kepulauan Mindanao, selatan Filipina awal hari ini, demikian menurut ahli seismologi Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan atau kecederaan dikeluarkan setakat ini.
Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang berlaku pada jam 2.17 pagi (waktu tempatan), kira-kira 87 kilometer dari timur bandar Butuan dikesan pada kedalaman 38 kilometer.

USGS sebelum ini melaporkan gempa berlaku dengan magnitud 6.4, namun selepas diukur semula ia melanda dengan magnitud 6.1.

Sementara itu, Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina mencatatkan gegaran berukuran 6.5 pada skala Ritcher dan memberi amaran bahawa terdapat gegaran susulan dijangka berlaku. - AFP

Katak berjari tiga spesies baharu




KATAK kecil berjari tiga, Brachycephalus tridactylus yang ditemui di hutan simpan di selatan Brazil.


BRASILIA - Sejenis katak unik berjari tiga yang hidup di sebuah hutan simpan di selatan Brazil diiktiraf sebagai spesies baharu pada minggu ini, lebih lima tahun selepas amfibia itu ditemui oleh seorang ahli biologi, Michel Garey.
"Saya sedang melakukan kajian bersama dua orang rakan di puncak sebuah bukit di hutan itu dan ternampak seekor katak ganjil berjari tiga," kata Garey.
"Penemuan tersebut berlaku pada 14 Februari yang juga hari jadi saya, ia hadiah yang sungguh istimewa," tambahnya.
Namun, hanya pada Jun lalu barulah katak berwarna oren dengan panjang kurang daripada 1.5 sentimeter itu disahkan sebagai spesies baharu.
Dikenali dengan nama saintifik, brachycephalus tridactylus, penemuan Garey disiarkan dalam jurnal antarabangsa, Herpetologica.
Ditemui pada ketinggian lebih 900 meter, brachycephalus tridactylus unik kerana memiliki tiga jari berbanding katak biasa yang berjari empat.
Menurut Garey, perbezaan ketara itu disebabkan oleh proses evolusi dan bukannya kesan pencemaran alam sekitar.
Pakar-pakar sebelum ini menganggarkan terdapat sekitar 950 spesies amfibia hidup di seluruh Brazil dan lebih 6,700 lagi spesies berada di seluruh dunia. - Agensi

Penentang lancar serangan besar-besaran



KLIP video YouTube menunjukkan pejuang-pejuang penentang memerhatikan mayat beberapa askar Syria yang ditembak mati selepas mereka ditawan di bandar Saraqeb, Khamis lalu.


DAMSYIK - Pihak penentang di Syria menyatakan semalam bahawa mereka melancarkan serangan besar-besaran ke atas sebuah pangkalan udara utama di utara negara berkenaan.
Serangan itu dilancarkan menjelang satu rundingan penting berhubung masa depan penentang rejim Presiden Bashar Al-Assad di Syria.
Kepungan ke atas pangkalan udara Taftanaz itu berlaku selepas tentera Bashar melancarkan serangan udara bertubi-tubi minggu ini bagi melemahkan kedudukan penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Pangkalan udara itu menempatkan sejumlah helikopter tempur yang digunakan tentera Syria untuk menyerang kawasan-kawasan yang dikuasai FSA.
Satu klip video di internet menyatakan, sebanyak lapan batalion FSA mengambil bahagian dalam serangan itu termasuk kumpulan Islam radikal, Barisan Al-Nusra.
Rakaman turut menunjukkan FSA menggunakan pelancar roket untuk menyerang kedudukan tentera Syria di pangkalan udara tersebut.
Semalam, pemberontak menawan kedudukan pertahanan udara di Duwila, dalam wilayah Idlib dalam pertempuran yang meragut nyawa seorang pegawai tentera dan mencederakan lapan pejuang FSA.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, FSA turut menawan beberapa kedudukan tentera Bashar di bandar Douma, dekat sini dan merampas sebuah balai polis, sebuah bangunan majlis perbandaran dan selepas membunuh 21 askar Syria.
Pertempuran terbaharu itu berlaku ketika pihak penentang Syria bersiap sedia menyertai rundingan di Qatar hari ini dengan Amerika Syarikat dijangka mendesak satu organisasi baharu diwujudkan bagi menyatukan kesemua kumpulan serpihan penentang rejim Bashar.
Sementara itu, FSA dikecam berikutan tersiarnya satu klip video di laman web YouTube yang mendakwa pejuang-pejuangnya membelasah dan menembak mati kira-kira 10 askar selepas menyerang beberapa pos kawalan tentera di bandar Saraqeb, barat daya Syria pada Khamis lalu.
Setakat ini, lebih 36,000 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Bashar tercetus pada Mac tahun lalu kerana menuntut hak demokrasi. - AFP

Saturday, November 3, 2012

Kerajaan arah penduduk Rakhine serah senjata



Seorang askar Myanmar berkawal di hadapan sebuah rumah yang hangus terbakar di bandar Ramee, negeri Rakhine, barat Myanmar, kelmarin. - AFP
YANGON 2 Nov. - Pihak berkuasa Myanmar semalam mengarahkan penduduk di Rakhine menyerahkan senjata api, pedang dan senjata lain kepada polis dalam tempoh tiga hari atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.
Menurut pengumuman oleh akhbar rasmi Myanmar, Myanma Ahlin itu, beberapa kumpulan di Rakhine menggunakan pisau dan senjata api dalam pertempuran terbaru antara etnik Rakhine Buddha dan Rohingya beragama Islam baru-baru ini.
Pejabat Presiden Thein Sein kelmarin menjelaskan, sebanyak 180 senjata api buatan sendiri telah dirampas dan pembuat senjata berkenaan ditahan.
“Dalam usaha untuk menyelesaikan konflik secara aman, pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menyerahkan senjata api, pedang dan semua jenis senjata ke balai polis berdekatan antara 31 Oktober hingga 3 November ini,’’ jelas pejabat tersebut dalam pengumuman itu.
Kerajaan Myanmar kelmarin memberitahu, pihaknya mempunyai bukti individu dan pertubuhan tertentu yang mencetuskan keganasan tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121103/lu_04/Kerajaan-arah-penduduk-Rakhine-serah-senjata#ixzz2B7qVda9e
© Utusan Melayu (M) Bhd