Pages

Wednesday, August 31, 2016

Kereta ‘buruk’ cecah harga RM3.1 juta




31 Ogos 2016 12:36 AM





KERETA vintaj Aston Martin DB4 akan dilelong pada harga 180,000 pound (RM952,811) dalam satu lelongan di sini. - AGENSI

LONDON 30 Ogos – Sebuah kereta vintaj Aston Martin yang hanya layak dibuang, mampu mencecah harga 600,000 pound (RM3.1 juta) selepas diperbaharui semula.
Mail Online melaporkan, kereta klasik Aston Martin DB4 siri 1 buatan 1959 itu yang sebelum ini ‘hilang’ selama tiga dekad kini dijual pada harga 180,000 pound (RM952,811) dalam satu jualan lelong di sini.
Kereta itu merupakan unit ke-78 daripada 149 buah yang pernah dihasilkan antara 1958 dan 1963.
Bagaimanapun seperti kende­raan vintaj lain, kereta itu telah lama terbiar dengan tayar hadapan, tempat duduk dan malah enjinnya sudah dileraikan.
Pemilik asal kenderaan vintaj itu membeli kereta berkenaan pada 1986 tidak lama selepas kenderaan tersebut dipasang dengan enjin baharu dan dia merancang untuk mengembalikan zaman kegemilangan Aston Martin di jalan raya.
Bagaimanapun, selepas berpindah ke luar negara, pemiliknya menyimpan kenderaan itu bagi tempoh yang lama di garaj.
Firma lelongan Bonhams yang menjual kereta itu semasa jualan pada Sabtu lalu berkata, kende­raan kapsul masa itu menawarkan peluang unik kepada pemiliknya untuk mengubah suai kereta klasik berkenaan kepada tahap terbaik.
Menurut pakar, kereta itu yang mempunyai enjin enam silinder berkapasiti 3.7 liter, mampu mencapai kelajuan 225 kilometer sejam dan dianggap sebagai satu karya kejuruteraan Britain.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-8216-buruk-8217-cecah-harga-rm3-1-juta-1.376751#sthash.4aypsvKn.dpuf

Sunday, August 28, 2016

Imam wanita mahu cabar lelaki




SALIHA (kiri) yang menjadi imam solat Jumaat dan Sherin yang bertindak jadi bilal.

Agensi
Copenhagen: Sebuah masjid pertama yang diketuai wanita dibuka secara rasmi di sini dengan mengadakan solat Jumaat yang diimamkan oleh wanita.

Lebih 60 wanita memenuhi Masjid Mariam di tengah bandar ibu negara Denmark ini untuk menunaikan solat berkenaan yang diimamkan oleh Saliha Marie Fetteh sementara Sherin Khankan menjadi bilal.

Selain menjadi imam, Saliha juga membaca khutbah bertema ‘Wanita dan Islam dalam dunia moden.’

Menurut laporan, sebahagian mereka yang hadir ialah peganut agama lain atau tidak ada agama.

Masjid itu dibuka secara tidak rasmi Februari lalu dan ia mengambil masa enam bulan untuk melakukan persiapan sebelum solat Jumaat pertama dapat diadakan.

Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan lalu, lima perkahwinan sudah dilangsungkan di masjid itu dan tiga lagi dalam senarai menunggu - termasuk beberapa perkahwinan antara penganut agama berbeza.

Masjid itu dikatakan merangka piagam perkahwinannya sendiri berdasarkan empat prinsip penting - poligami bukan pilihan, wanita berhak untuk menceraikan suami, perkahwinan akan terbatal jika berlaku keganasan psikologi atau fizikal dan jika berlaku perceraian, wanita mempunyai hak yang sama terhadap anak.

Sherin yang berasal dari keluarga pelarian Syria - bapa Islam, ibu Kristian - berkata, masjid itu berhasrat mencabar penguasaan kaum lelaki dalam Islam dan mengaku mendapat tentangan daripada anggota keluarga dan rakan mengenai hasratnya menjadi imam.

Dia tidak menutup kepalanya kecuali ketika sembahyang dan itu katanya, adalah fahamannya mengenai ajaran Islam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 5:06 AM

Jumpa ketulan emas bernilai AS$250,000


EMAS seberat 4.1 kilogram ini dijumpai seorang lelaki di kawasan Golden Triangle di Victoria, barat laut Melbourne, Australia. - AGENSI


VICTORIA, Australia – Seorang pencari harta karun yang memiliki hobi meredah hutan sejak sedekad lalu tidak menyangka menemui ketulan emas seberat 4.1 kilogram dan bakal dijual pada harga AS$250,000 (RM1 juta) baru-baru ini.
Lelaki tersebut pada awalnya menyangka dia terjumpa ladam kuda semasa menemui emas yang digelar sebagai Friday Joy dan mempunyai saiz kira-kira 30 sentimeter di kawasan Golden Triangle di Victoria, barat laut Melbourne.
“Ketika saya mula menanggalkan tanah liat dan menggali dengan lebih dalam, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat, ia bukan ketulan logam lama di hadapan saya.
“Saya sangat tidak percaya kerana tidak berfikir emas sebesar ini masih wujud,” katanya kepada akhbar Herald Sun.
Emas itu kini disimpan di dalam bilik kebal sebuah bank dan satu replika akan dicipta untuk tujuan lelongan kepada pembida tertinggi tidak lama lagi.
Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia mendapat motivasi untuk melakukan pencarian di kawasan itu selepas menemui seketul emas sebesar bola tenis seberat 200 gram sehari sebelum menjumpai ketulan emas yang bernilai lebih AS$250,000 tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0827&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4IcCqSVvV 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, August 24, 2016

Athens benar bina masjid


24 OGOS 2016

Athens benar bina masjid


Athens benar bina masjid Masjid Tzistarakis di tengah Athens adalah satu daripada masjid rasmi terakhir yang digunakan ketika pemerintahan empayar Uthmaniyyah
ATHENS - GREECE. Masjid rasmi pertama akan didirikan di ibu negara Greece, sekali gus menamatkan larangan selama hampir 200 tahun yang menghalang sebarang tempat ibadah orang Islam dibina di negara itu.

Khabar gembira buat masyarakat Islam itu diumumkan selepas kerajaan meluluskan rang undang-undang untuk mempercepatkan rancangan pembinaan masjid di kawasan kejiranan Votanikos di Athens.

Datuk Bandar,  Giorgos Kaminis menyifatkan rang undang-undang baharu itu sebagai satu langkah tegas berkaitan menghormati hak kebebasan agama.

Bagaimanapun, beberapa penduduk Islam mendakwa lokasi masjid tersebut yang terletak di zon perindustrian terpencil dan gudang terbiar adalah tidak sesuai.

"Masjid rasmi lebih sesuai didirikan berhampiran atau di pusat bandar," kata Presiden Persatuan Orang Islam Greece, Naim Elghandour.      

Difahamkan, tiada masjid baharu dibangunkan sejak pemerintahan Empayar Uthmaniyyah berakhir di Greece pada 1829.

Di Athens, kira-kira 200,000 orang Islam menggunakan 100 masjid tidak rasmi seperti di dalam garaj atau bilik bawah tanah yang diubah suai untuk solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan. - Press TV

Tuesday, August 23, 2016

Nelayan jumpa mutiara paling besar di dunia

Mutiara gergasi dijumpai seorang nelayan miskin di Filipina dianggarkan

Mutiara gergasi dijumpai seorang nelayan miskin di Filipina dianggarkan bernilai RM402 juta. Agensi
MANILA 23 Ogos – Siapa sangka sebutir mutiara yang dianggap tidak lebih daripada pembawa tuah oleh seorang nelayan miskin sebenarnya bukan sahaja terbesar di dunia malah nilainya juga mencecah lebih AS$100 juta dolar (RM402 juta).
Malangnya, nelayan tersebut yang berasal dari Kepulauan Pa­lawan, Filipina tidak menyedari tuah mutiara gergasi itu sebaliknya hanya meletakkannya di bawah bantal selama lebih 10 tahun.
Daily Mail melaporkan, nilai mutiara tersebut hanya diketahui selepas nelayan yang tidak dikenali itu membawa objek terbabit kepada kepada pihak berkuasa untuk diperiksa, baru-baru ini.
Dengan berat 34 kilogram, mutiara itu dianggap paling besar yang pernah ditemui oleh manusia setakat ini.
Menariknya, permata jenis sama pernah direkod sebelum ini iaitu Mutiara Lao Tze de­ngan berat 6.4 kilogram dan bernilai AS$35 juta (RM141 juta) turut dijumpai di perairan Pa­lawan pada tahun 1939 oleh seorang penyelam Amerika Syarikat.
Menurut pegawai pelanco­ngan, Aileen Cynthia, nelayan tersebut tidak menyangka mutiara itu bukan sahaja bernilai jutaan dolar, malah penemuan ber­kenaan merupakan sejarah yang bakal melonjakkan sektor pelancongan Filipina.
“Dia tidak tahu sebarang maklumat mahu pun nilai mutiara itu. Apabila dia membawa mutiara tersebut kepada kami, kami sangat terkejut.
“Dia menjumpai mutiara itu dalam cengkerang gergasi kira-kira 10 tahun lepas,” kata Cynthia.
Jelas beliau, pihaknya telah menghantar mutiara itu kepada pakar antarabangsa untuk diperiksa bagi mengetahui nilai sebenarnya.
“Jika andaian kami benar, kami akan mencipta sejarah sekali lagi,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-jumpa-mutiara-paling-besar-di-dunia-1.374076#sthash.f00IytPU.dpuf

Monday, August 22, 2016

Menantu, ibu mentua gatal, kini kesal




ASHA (kiri) dan Suraj.

Agensi
New Delhi: Seorang lelaki yang jatuh cinta dengan ibu mentuanya dan berakhir dengan mengahwini wanita itu kini menyesal dan mahu bercerai.

Suraj Mahto, 22, menjadi tajuk akhbar Jun lalu apabila dia meninggalkan isterinya, Lalita dan berkahwin dengan ibunya berusia 42 tahun, Asha Devi.

Hubungan menantu-ibu mentua itu bermula apabila Asha tinggal bersama anak dan menantunya di Puraini, sebuah kampung di negeri Bihar.

Dia menjaga Suraj yang sakit ketika itu dan sejak itu mereka jatuh cinta.

Apabila kembali ke rumahnya, mereka menghabiskan masa berjam-jam berbual menerusi telefon.

Lalita mengetahui hubungan itu dan meminta ibunya memutuskan hubungan, tetapi dia enggan.

Bapa Lalita, pekerja kilang di Delhi, juga tidak berjaya menghentikan hubungan itu.

Pasangan itu, walaupun mendapat bantahan penduduk kampung, akhirnya melarikan diri dan berkahwin 1 Jun lalu.

Dua bulan berikutnya, pasangan itu menyedari kesilapan mereka.

Media tempatan melaporkan Suraj berkata: “Saya sedar kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya. Saya tidak lagi anggap Asha isteri saya. Saya sudah mula menghormatinya sebagai ibu mentua.”

Menurutnya, dia akan bersujud di depan Lalita, meminta maaf dan menerimanya kembali. Mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Asha juga dikatakan menyesal dan berkata, mereka sudah memfailkan tuntutan cerai.

“Saya mahu kembali kepada bekas suami saya secepat mungkin,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 5:03 AM

Kayuh basikal dari China menuju Mekah

MOHAMMED berehat sebentar di sebuah kawasan lapang sebelum menyambung


MOHAMMED berehat sebentar di sebuah kawasan lapang sebelum menyambung perjalanannya ke Mekah dengan menunggang basikal. AGENSI


BEIJING 22 Ogos - Seorang penduduk tempatan sanggup berbasikal hampir empat bulan, bermula dari bandar Xinjiang ke Arab Saudi untuk merealisasikan hasratnya menunaikan haji di tanah suci Mekah.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohammed, memulakan kayuhan dari rumahnya di barat laut China dan menempuh perjalanan sejauh 8,159 kilometer sebelum tiba di bandar Taif di Arab Saudi beberapa hari lalu.
Menurut portal berita Sabq, Mohammed menerima sambutan khas daripada ahli-ahli Kelab Berbasikal Taif dan mereka turut mengiringinya menyambung perjalanan sehingga ke Mekah.
“Kami merupakan ahli kelab berbasikal pertama di Arab Saudi yang hadir menyambut Mohammed yang juga jemaah haji dari China ini.
“Kami berharap kelab berbasikal yang lain dapat membantunya dan memperkenalkannya ke beberapa bandar lain di sini,” kata Ketua Kelab Berbasikal Taif, Nayef Al Rawas.
Sabtu lalu, Jabatan Hal Eh­wal Agama China (SARA) me­ngumumkan, sebanyak 14,500 jemaah dari negara itu akan mengerjakan haji tahun ini menerusi 37 penerba­ngan khas.
Agensi berita Xinhua me­laporkan, sehingga kini, seramai 11,000 jemaah haji dari negara tembok besar ini telah berada di Mekah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kayuh-basikal-dari-china-menuju-mekah-1.373567#sthash.npITDW0W.dpuf

Friday, August 19, 2016

Muka tinggal sebelah




Hashmot

Agensi
Dhaka: Seorang nelayan yang hanya tinggal sebahagian mukanya sahaja selepas dicakar seekor harimau berharap mendapatkan bantuan bagi membolehkannya melakukan pembedahan kerana bimbang wajahnya yang hodoh itu akan menyukarkan anaknya memperoleh suami.

Hashmot Ali, 40, diserang ketika menangkap ikan di hutan bakau di selatan Bangladesh dan sejak itu dia hidup merana.

Dia dipulau dan dimalukan oleh masyarakat yang mendiami kawasan berhampiran hutan Sundarbans, tidak boleh menghadiri majlis keramaian atau bergaul dengan penduduk kampung.

Kerana terdesak mencari suami yang baik untuk anak perempuannya, Hashmot cuba mendapatkan bantuan bagi menjalani pembedahan plastik.

Dia semakin bimbang kerana sudah menjadi tradisi penduduk kawasan berkenaan memulaukan ‘janda harimau’ - merujuk kepada wanita yang kehilangan suami akibat serangan haiwan liar.

Hashmot diserang harimau ketika keluar menangkap ikan di sungai di dalam hutan bersama sekumpulan nelayan ketika dia berusia 20 tahun. Kerana kepenatan pada satu malam, mereka tidur di dalam sampan dan keadaan begitu malang apabila haiwan itu menyerang mereka.

Ia mencakar muka Hashmot hingga menyebabkan sebahagiannya koyak dan dia kehilangan sebelah mata.

Mereka terpaksa mendayung selama enam jam untuk pulang ke kampung sebelum Hashmot di bawa ke hospital.

Bagaimanapun, keadaan sudah terlambat untuk dia mendapatkan rawatan sempurna dan doktor hanya mampu memberhentikan pendarahan pada mukanya.

Hoshmat yang sudah berkahwin dan mempunyai anak masih bergantung harap dengan hasil hutan kerana gagal mencari pekerjaan lain. Dia juga menjual ikan di kampungnya dengan menutup sebahagian mukanya dengan sapu tangan.

Lelaki itu merancang menjalani pembedahan plastik untuk memulihkan keadaan mukanya, tetapi degan pendapatannya ketika ini, dia tidak mampu dan terpaksa meminta bantuan dari luar.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 7:20 AM

Monday, August 15, 2016

Miliki 39 isteri, lelaki ini hidup harmoni serumah


16 OGOS 2016
 Miliki 39 isteri, lelaki ini hidup harmoni serumah

 Ziona Chana bersama keluarganya.
 Miliki 39 isteri, lelaki ini hidup harmoni serumah
BAKTWANG - INDIA . Seorang lelaki di India, mengejutkan ramai pihak apabila memiliki 39 orang isteri, iaitu sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat biasa.

Lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana itu, membina sebuah rumah besar yang memiliki 100 bilik untuk isterinya, 94 anak dan 33 cucu.

Memetik laporan Elitereaders, para isterinya akan ditempatkan diruang khas, sementara anak-anaknya yang sudah berkeluarga akan tinggal di bilik yang terpisah, sesuai dengan perubahan status mereka yang sudah memiliki keluarga sendiri.

"Saya memiliki begitu banyak orang yang peduli dan ingin menjaga saya. Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang beruntung," kata Ziona.

"Pasti kamu akan tertanya-tanya bagaimana kami mempertahankan keluarga dengan jumlah besar tersebut, kan?

"Sebenarnya kami memiliki sumber daya sendiri dan kadang-kadang menerima sumbangan daripada pelbagai pihak," katanya lagi.

Keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam dan sekitar 99 kilogram beras untuk dijamu kepada semua orang yang ada di rumah tersebut.

Kehidupan seharian keluarga ini tidak berbeza dengan keluarga-keluarga lain, di mana para isteri biasanya akan saling tolong-menolong untuk memasak.

Sementara anak-anaknya bertanggungjawab membersihkan rumah dan mencuci pakaian, manakala anak-anak yang sihat tubuh badannya akan ditugaskan untuk bertani dan mengurus ternakan.

Sunday, August 14, 2016

'Wanita hutan' disatukan dengan bapa kandung





AFP
Phnom Penh: Seorang wanita yang digelar ‘wanita hutan’ selepas ditemui mencari makanan dalam keadaan bogel oleh seorang petani di Kemboja sembilan tahun lalu akhirnya pulang kepada bapanya di Vietnam, semalam.

Wanita itu mendapat tumpuan dunia selepas ditemui pada 2007 dalam keadaan badan berlumpur dan berjalan seperti monyet ketika mengutip sisa nasi di tanah berhampiran kawasan hutan.

Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh satu keluarga di Kemboja yang mengenal pasti identitinya sebagai Rochom P’ngieng, seorang gadis yang hilang pada 1989 ketika menggembala kerbau di sempadan Vietnam.

Wanita itu dipercayai tinggal di dalam hutan selama 18 tahun dan dijaga kumpulan monyet.

Bagaimanapun, selepas hampir sedekad, seorang lelaki Vietnam berusia 70 tahun yang dikenali sebagai Peo mengaku wanita itu sebenarnya adalah anak kandungnya.

Katanya, anaknya hilang pada 2006-setahun sebelum dia dijumpai-dan mempunyai masalah mental.

Dalam sepucuk surat dikirim kepada keluarga berkenaan, Peo berkata, dia mengecam anaknya yang dinamakan Tak selepas melihat gambarnya di Facebook.

Keluarga angkat wanita itu, Rochom Khamphy berkata, Tak disatukan semula dengan bapanya itu pada Sabtu lalu selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan Peo.

“Kami mengembalikan semula Tak kepada bapanya. Keluarga saya dan Peo menangis apabila melihat mereka disatukan semula,” katanya.

Peo dilaporkan bersetuju membayar AS$1,500 (RM6,029) kepada keluarga angkat berkenaan kerana menjaga anaknya itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 5:12 AM

Saturday, August 13, 2016

Silap bedah suami tunggu isteri lahirkan anak




WANG berehat selepas tersilap menjalani pembedahan di hospital. - People's Daily

Agensi
Shenyang (China): Seorang lelaki yang menunggu isterinya melahirkan anak di sebuah hospital di sini secara tidak sengaja dibawa ke dewan bedah dan menjalani satu pembedahan membuang buasir.

Lelaki yang dikenali sebagai Wang, 29, itu dilaporkan sedang menunggu isterinya yang melahirkan anak secara pembedahan di sebuah hospital di sini pada Isnin lalu.

Beberapa doktor kemudiannya menemui Wang dan mengarahkan lelaki itu mengikutnya ke dewan bedah.


Wang menyangka dia dibawa ke dewan bedah untuk melihat isterinya dan terus mengikut doktor berkenaan tanpa sebarang persoalan.

Kata Wang, apabila masuk ke dewan bedah dia melihat isterinya tiada di situ, tetapi dia diarahkan membuka seluar dan baring di atas katil pembedahan.

“Saya berasa pelik dan bertanya kepada doktor mengapa saya perlu membuka seluar dan berbaring di atas katil pembedahan.

“Namun, seorang doktor berkata, ”Ikut sahaja apa yang kami arahkan.”

Katanya, tidak lama selepas itu doktor memasukkan ubat bius menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

“Apabila saya bangun, doktor memberitahu saya baru sahaja menjalani pembedahan membuang buasir.

“Saya sangat terkejut kerana saya tiada buasir,” jelasnya.

Selepas menyedari kesilapan itu, pihak hospital meminta maaf dan memberitahu kesalahan itu berlaku apabila doktor terkeliru dengan seorang pesakit yang menunggu untuk menjalani pembedahan membuang buasir.

Hospital itu juga dilaporkan menawarkan wang tunai 5,000 yuan (RM3,028) kepada Wang sebagai pampasan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 5:04 AM

Burqini 'tak hormat amalan baik'



GAMBAR hiasan, seorang anggota penyelamat Muslim bertugas di pantai Australia.

AFP
Cannes (Perancis): Datuk Bandar Cannes mengharamkan penggunaan pakaian renang muslimah atau burqini di pantai bandar peranginan itu, kata pihak berkuasa semalam.

David Lisnard meluluskan perintah bahawa ‘akses kepada pantai dan untuk berenang dilarang bagi sesiapa yang tidak memakai (pakaian renang) yang menghormati amalan baik serta sekularisme’ yang dianggap prinsip asas republik Perancis.

“Pakaian renang yang sengaja mempamerkan fahaman keagamaan sedangkan Perancis dan lokasi ibadah kini menjadi sasaran pengganas mampu menimbulkan risiko terhadap ketenteraman awam yang perlu dielakkan,” kata perintah itu.


Ketua perkhidmatan perbandaran bandar itu, Thierry Migoule ketika diminta menjelaskan perintah berkenaan berkata: “Kami bukannya mengharamkan penggunaan pakaian keagamaan di pantai, sebaliknya pakaian yang terang-terangan mempamerkan sokongan terhadap kumpulan pengganas yang kini berperang dengan kita.”

Pada 14 Julai lalu, serangan pengganas didakwa dilakukan Daish di Nice mengakibatkan 85 maut apabila sebuah lori merempuh orang ramai yang keluar menyambut hari kebangsaan Perancis.

Sementara itu, pada 26 Julai lalu, seorang paderi dibunuh di gerejanya di timur laut negara itu oleh dua penyerang yang mendakwa setia kepada Daish.

Pakaian Islamik topik panas di Perancis dengan penggunaan purdah dilarang di tempat awam. Namun tiada larangan rasmi terhadap pakaian atau alat keagamaan.

Migoule berkata, tiada
burqini dilihat di mana-mana pantai di Cannes sejak perintah itu dikuatkuasakan pada 28 Julai lalu.

Awal minggu lalu, sebuah taman air di Marseille membatalkan perancangan membenarkan acara tertutup untuk wanita Islam yang memakai burqini selepas mencetuskan kemarahan orang ramai. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2016 @ 5:00 AM

Friday, August 12, 2016

Mata budak tersembul, berdarah


Sagar DORJI menderita penyakit misteri yang menyebabkan matanya

Sagar DORJI menderita penyakit misteri yang menyebabkan matanya tersembul dan berdarah. AGENSI
NEW DELHI 11 Ogos – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun hilang deria penglihatan selepas menghidap sejenis penyakit misteri sejak tiga bulan lalu sehingga mengakibatkan matanya tersembul dan berdarah.
Menurut laporan Mail Online, keluarga kanak-kanak dinamakan sebagai Sagar Dorji yang dilahirkan di Lakhimpur, di timur laut negeri Assam itu terdesak mahu mengetahui punca penyakit anak mereka.
“Mata Sagar pada mulanya bengkak dan bertukar merah. Tidak lama selepas itu, darah mula keluar. Saya tidak tahu ‘sumpahan’ apa yang terjadi kepada kami,” kata ibunya, Kusum.
Lebih menyedihkan apabila ibu bapanya yang hidup dalam kea­daan miskin tidak mampu mengeluarkan sebarang kos rawatan.
“Ujian makmal sahaja kira-kira Rs12,000 (RM625.16), tetapi saya tidak mempunyai wang untuk membayar sebanyak itu,” kata bapa Sagar, Pratim Dorji, 35, yang bekerja sebagai buruh.
Keadaan Sagar mendapat perhatian daripada komuniti perubatan di Guwahati, bandar terbesar di Assam, tetapi setelah mendapatkan rawatan, keadaannya tidak berubah sehingga ke hari ini.
“Saya tidak mempunyai pilihan, tetapi tetap meneruskan rawatan kerana saya tidak mampu menanggung kos perubatan di bandar besar seperti Mumbai dan Delhi.
“Namun, saya merayu kepada mereka yang bermurah hati untuk menghulurkan sedikit bantuan supaya dapat menyelamatkan anak saya. Ibu bapa lain pasti dapat merasai penderitaan saya ini,” kata Pratim.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mata-budak-tersembul-berdarah-1.369420#sthash.h35D9YYt.dpuf

Thursday, August 11, 2016

Hotel terbesar dunia di Makkah



ABRAJ Kudai dijangka dirasmikan tahun depan tetapi mungkin ditangguh masalah ekonomi yang dihadapi Arab Saudi.

Agensi
Jeddah: Sebuah hotel yang akan menjadi yang terbesar di dunia kini dalam pembinaan berhampiran bandar suci Makkah, Arab Saudi.

Hotel itu, Abraj Kudai, akan memiliki 10,000 bilik, 70 restoran, 12 menara dan empat pad helikopter.

Pembinaan hotel itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan kos membinanya dikatakan mencecah hampir RM14 bilion.

Dibina di kawasan padang pasir seluas 4.5 juta meter persegi, Abraj Kudai akan mempunyai menara setinggi 45 tingkat.

Ia akan dibuka kepada orang awam. Bagaimanapun, lima tingkat akan dikhususkan kepada keluarga diraja Saudi jika mereka mahu menginap di situ.

Di pekarangan hotel itu akan terdapat sebuah stesen bas, pusat beli-belah, restoran, gerai makanan, pusat persidangan dan tempat letak kereta.

Di bawah kubah besar dua daripada menara itu akan menempatkan sebuah dewan dan pusat konvensyen.

Sepuluh daripada menara berkenaan akan menyediakan layanan empat bintang sementara dua lagi lima bintang, khusus untuk pelanggan eksklusif.

Ketika ini, hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik ialah First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia, yang mempunyai 7,351 kamar, diikuti MGM Grand di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 6,198 bilik.

Abraj Kudai terletak hanya dua kilometer dari Makkah, bandar suci yang menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan ibarah umrah dan haji.

Selain bakal menjadi hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik, Abraj Kudai boleh berbangga kerana akan memiliki kubah terbesar di dunia.

Ia dijangka dibuka secara rasmi pada 2017. Bagaimanapun, pembinaannya mungkin terjejas kerana masalah ekonomi yang dihadapi Arab Saudi ketika ini.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 9:04 AM

Wanita besi akhiri mogok lapar 16 tahun


Irom bercakap kepada media selepas hadir di hadapan Hakim Daerah dan Sesyen di mahkamah Imphal West. - Foto AFP
IMPHAL - INDIA. Aktivis hak asasi manusia India yang melancarkan mogok lapar selama 16 tahun terhadap undang-undang tentera akhirnya menikmati hidangan pertamanya, semalam.
Irom Chanu Sharmila, 44, juga dikenali sebagai Wanita Besi Manipur, merupakan simbol penentangan terhadap keganasan kerajaan di negeri timur laut itu.
"Saya adalah jelmaan sebenar revolusi dan berhasrat menjadi Ketua Menteri Manipur. Saya ingin menghapuskan undang-undang zalim ini," katanya memberitahu akan bertanding dalam pilihan raya tahun depan sebagai calon bebas.
Irom memulakan mogok lapar pada November 2000 selepas pasukan separa tentera membunuh 10 orang awam di sebuah perhentian bas di negeri tersebut. - Straits Times

Warisi harta RM48.7 bilion




LONDON – Bilionair dan salah seorang manusia terkaya di dunia, Gerald Cavendish Grosvenor yang memakai gelaran Duke of Westminster Keenam, meninggal dunia pada usia 64 tahun kelmarin.
Menurut kenyataan syarikatnya, Grosvenor Estate, beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Preston, barat daya England selepas jatuh sakit secara tiba-tiba di kediamannya di Abbeystead Estate.
Anak lelakinya, Hugh Grosvenor, 25, yang merupakan bapa pembaptisan kepada Putera George akan mewarisi gelaran Duke of Westminster dan syarikat Grosvenor Estate yang merangkumi 121 hektar kawasan mewah di London.
Beliau juga akan mewarisi kekayaan bapanya berjumlah sekitar £9.35 bilion (RM48.7 bilion).
Keluarga Grosvenor berasal daripada bangsa Norman yang menyerang England pada tahun 1066. Puak Norman berasal dari rantau Normandy di Perancis.
Moyang duke berkenaan, Sir Thomas Grosvenor mengahwini seorang pewaris harta, Mary Davies dan memperoleh tanah paya yang luas pada 1677.
Sejak beberapa generasi, keluarganya membangunkan tanah itu menjadi dua kejiranan paling berprestij dan mewah di London iaitu Mayfair dan Belgravia.
Portfolio keluarga Grosvenor termasuk tanah di seluruh Britain selain memiliki kawasan perumahan, pejabat dan hartanah untuk disewa di seluruh dunia.
Sejak sekian lama, senarai akhbar Sunday Times Rich List meletakkan Grosvenor sebagai lelaki terkaya di Britain, namun sejak beberapa tahun lalu, beliau kehilangan gelaran itu kepada beberapa bilionair paling kaya yang menetap di negara itu.
Pada tahun ini, Sunday Times menganggarkan duke berkenaan mempunyai kekayaan berjumlah £9.35 bilion.
Ratu Elizabeth II menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Istana Buckingham turut menyampaikan mesej takziah kepada keluarga Grosvenor. Pada masa sama, Pejabat Putera Charles memberitahu beliau dan isterinya, Camilla terkejut dan berasa sedih dengan berita kematian Grosvenor.
Duke berkenaan meninggalkan seorang balu, Natalia, anak lelakinya, Hugh dan tiga anak perempuan. – AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4H1uOS3WZ 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, August 10, 2016

Jumpa barang kemas RM26,143 pada kerusi


kerusi

NEW LANARK - BRITAIN . Pasangan suami isteri terkejut selepas mendapati sebuah kerusi terpakai yang dibeli dengan harga £5 (RM26) tersembunyi barang kemas bernilai  £5000 (RM26,143) di dalamnya.
Angela Milner Brown, 50 dan suami Angus 47, membeli kerusi berkenaan dalam satu jualan lelong 10 tahun lalu dan menyimpannya di loteng kediaman mereka.
Ketika mereka mengeluarkan semula kerusi tersebut untuk dibaiki, mereka menemui barang kemas tersembunyi di dalamnya.
Angela berkata, mereka membeli kerusi pada acara lelongan dengan harga £5 (RM26) beberapa tahun lalu.
"Ia kelihatan buruk dan kotor seperti 'anjing sering tidur' di kerusi berkenaan.
"Kami tidak mampu menukarkan alas pada kerusi itu pada masa itu, jadi suami saya menyimpannya di loteng kira-kira enam tahun," katanya dipetikn Mirror.uk
Katanya, selepas membaikinya, ia kelihatan cantik dan tidak pernah menjangkakan ada sesuatu tersembunyi di dalamnya.
"Beberapa tahun lalu, suami membuat kejutan dengan menghadiahkan cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan sepasang anting-anting berlian dan kerongsang pada Hari Kekasih.
"Barangan kemas berkenaan dijumpai tersembunyi di dalam kerusi berkenaan dan saya sukar mempercayainya," ujarnya lagi.
Sementara itu, Angus berkata, dia menemui barang kemas berkenaan di dalam kerusi tersebut ketika mengeluarkan kusyen untuk diganti namun merahsiakan dari pengetahuan isterinya untuk membuat kejutan.
Berita penemuan itu diketahui umum selepas pasangan itu membawa barang kemas serta kerusia berkenaan untuk dinilai semula semasa Roadshow Antiques di New Lanark.
Menurut pasangan itu, selepas dinilai, barang kemas termasuk kerusi berkenaan berharga  £5000 (RM26,143)
"Ia adalah menakjubkan, penemuan yang indah untuk kami." kata Angela lagi.
Angela dan Angus memutuskan tidak akan menjual kerusi serta barang kemas berkenaan.

Tulang manusia tertua ditemukan


Dikatakan berusia sekitar 90,000 tahun

KAWASAN di sekitar kajian penggalian pakar arkeologi Universiti
KAWASAN di sekitar kajian penggalian pakar arkeologi Universiti Oxford dan Suruhanjaya Pelancongan dan Khazanah Kebangsaan Arab Saudi (SCTNH) menemukan tulang manusia tertua di Gurun Nafud, Semenanjung Arab, baru-baru ini. AGENSI
RIYADH 9 Ogos - Sepasukan penyelidik yang terdiri daripada ahli arkeologi Arab dan pakar-pakar dari Universiti Oxford me-nemukan tulang manusia tertua ketika menjalankan kerja-kerja penggalian di Tayma, Tabuk, sebuah kawasan oasis besar di gurun Nafud yang terkenal dengan sejarah penempatan lama.
Menurut laporan Arab News yang memetik Suruhanjaya Pelancongan dan Khazanah Kebangsaan Arab Saudi (SCTNH) sebagai berkata, tulang yang ditemukan itu merupakan bahagian tengah jari hantu manusia yang dikatakan hidup sekitar 90,000 tahun lalu dan merupakan jejak manusia tertua di Semenanjung Arab.
Selain itu, portal berita, Asharq Al-Awsat melaporkan, pengumuman mengenai pe­nemuan itu dibuat baru-baru ini oleh Pre­siden SCTNH, Putera Sultan bin Salman ketika berucap di Akademi Seni Halus Perancis.
Menurut SCTNH, penemuan itu menjadi fasa penting dalam kajian dan penggalian yang dijalankan oleh pihak berkuasa dengan sokongan pakar daripada Universiti Oxford; Universiti King Saud; Bandar Sains dan Teknologi Raja Abdul Aziz (KACST); Kajian Geologi Saudi; Universiti Hail dan Saudi Aramco.
Tambah SCTNH, penemuan tersebut penting bagi penyelidik Arab Saudi berikutan hasil usaha dan sokongan Putera Sultan dalam sektor arkeologi di negara itu.
Projek itu adalah sebahagian daripada Projek Hijau Arab Saudi yang merupakan kerjasama Arab Saudi dan Britain untuk kajian dan penggalian bagi melaksanakan kajian alam sekitar dan arkeologi tempat bersejarah.
Sementara itu, projek ber­kenaan dilaksanakan selama lima tahun oleh SCTNH dan Universiti Oxford dengan objektif untuk mengkaji kepupusan manusia dan haiwan serta penyesuaian kehidupan kepada keadaan sekitar pada masa lalu.
Projek bersama itu juga membawa kepada banyak penemuan penting seperti fosil haiwan dan mamalia di kawasan gurun Arab termasuk gading gajah gergasi berusia 300,000 tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tulang-manusia-tertua-ditemukan-1.368637#sthash.955zugJW.dpuf

Budak 3 tahun hafal al-Quran



Abuja: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mencipta sejarah sebagai tahfiz paling muda, malah turut memenangi beberapa pertandingan antarabangsa di Arab Saudi.

Muhammad Shamsuddeen Aliyu dilaporkan memasuki sekolah pada usia setahun setengah sebaik berhenti menyusu badan dan mampu menghafal keseluruhan al-Quran sebelum berusia tiga tahun.

Selain itu, Muhammad mampu bercakap bahasa Arab dan Inggeris serta menyertai pelbagai pertandingan di tempat asalnya, Zaria, sebelum mewakili sekolahnya di peringkat negeri serta kebangsaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 6:20 AM

Sunday, August 7, 2016

Rangka manusia ditemukan dengan tangan terikat


Rangka manusia ditemukan dengan tangan terikat

Kerangka manusia yang ditemui.
ATHENS - GREECE. Para arkeologi untuk pertama kalinya, menemui 80 kerangka manusia dengan pergelengan tangan yang diikat dengan besi,dan dikuburkan secara bersama di Tanah Perkuburan Yunani kuno.
Memetik laporan Reuters, pasukan arkeologi itu menyatakan bahawa kerangka manusia tersebut mungkin berasal  dari tahun 632 Sebelum Masehi (SM), dan berkemungkinan merupakan korban yang dihukum secara besar-besaran.
Tapi siapa mereka, bagaimana mereka sampai di sana, dan mengapa mereka dikuburkan dalam satu lubang, masih tetap menjadi misteri.
Kerangka tersebut ditemukan awal tahun ini, di  kompleks perkuburan Falyron Delta, sebuah perkuburan kuno yang besar, ia digali untuk tujuan pembangunan rumah opera nasional dan perpustakaan.
"Mereka telah hukum mati, semua dengan cara yang sama. Tapi mereka telah dikuburkan secara terhormat," kata ketua penggali, Dr Stella Chryssoulaki.
"Tangan mereka semua diikat dengan besi, dan kebanyakan daripada mereka berusia sangat muda, serta dalam keadaan kesihatan yang sangat baik ketika mereka dihukum," tambah Chryssoulaki.
Para ahli berharap hasil penelitian terhadap  DNA  kerangka manusia ditemui itu, yang akan dilakukan oleh ahli arkeologi akan mengungkap misteri tersebut.
Di jangkakan terdapat 1,500 mayat berada di seluruh kompleks perkuburan tersebut.

Friday, August 5, 2016

Kisah Menakjubkan tentang Nabi Isa A.S.dan Para Sahabatnya


Judas+Iscariot+bargaining+with+the+chief+priests-600px-Sepia


Wahb bin Munnabih adalah salah satu alim besar di zamannya. Lahir di masa pemerintahan Utsman bin Affan radhiyallahu anhu. Dengan begitu, ia termasuk generasi tabi’in. Kelebihannya adalah kemampuannya dalam menganalisis kitab-kitab suci Ahlul Kitab. Dia sendiri pernah mengatakan, ‘Aku sudah membaca 30 kitab yang turun kepada 30 Nabi’. Ia juga terkenal dengan koleksi kisahnya tentang lika-liku hidup kaum Israil.  Selama 40 tahun, Wahb tidak pernah mencaci angin (karena memang ada larangan dari Rasul untuk mencaci angin). Selama 20 tahun, ia melakukan shalat Isya dan Shubuh dengan satu kali wudhu’. Sewaktu melaksanakan haji pada tahun 100 H, ia didatangi para ahli fiqh terkemuka saat itu, di antaranya adalah Atho’ dan Hasan al-Bashri.

Begitulah biografi singkat dari Wahb bin Munabbih, sebagaimana yang ditulis oleh Imam adz-Dzahabi dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala’.

Nah, kali ini Wahb bin Munabbih akan bercerita kepada kita tentang kisah Nabi Isa dan Batu Emas. Nabi Isa adalah salah satu Nabi yang berasal dari kalangan Yahudi dan diutus kepada bangsa Yahudi.


Suatu hari Nabi Isa melakukan perjalanan ditemani seorang Yahudi. Nabi Isa membawa satu roti, sedangkan orang Yahudi membawa dua roti.

Sampai pada suatu tempat, Nabi Isa berkata, ‘Bagaimana kalau sekarang kita makan bersama?’ Yahudi itu menjawab, ‘Baiklah’. Tapi ketika ia mengetahui bahwa Nabi Isa hanya punya satu roti, ia menyesal. Dia berpikir bahwa satu rotinya akan dimakan oleh Nabi Isa. Ia tidak ingin hal itu terjadi.

Sebelum makan, Nabi Isa mencari tempat untuk berdoa. Di saat itu pula, orang Yahudi juga mencari tempat untuk makan satu rotinya secara diam-diam.

Tibalah waktunya makan. Masing-masing mengeluarkan makanannya. Ketika Nabi Isa melihat Yahudi hanya mengeluarkan satu roti, Nabi Isa berkata kepadanya, ‘Di manakah satu roti lagi?’ Yahudi itu menjawab, ‘Saya hanya punya satu roti ini, kok’.

Lalu Nabi Isa makan satu roti dan orang Yahudi makan satu roti. Kemudian mereka pergi, meneruskan perjalanan.

Di perjalanan, mereka melewati sebuah pohon. Nabi Isa berkata kepada Yahudi, ‘Bagaimana kalau kita istirahat di bawah pohon ini, tidur sampai pagi hari?’ Yahudi itu berkata, ‘Baik, mari kita lakukan’. Mereka berdua tidur di bawah pohon itu sampai pagi hari.

Pagi hari, mereka kembali melanjutkan perjalanan. Tak lama kemudian, mereka bertemu dengan orang buta. Nabi Isa berkata kepadanya, ‘Bagaimana kalau aku menyembuhkan matamu, sehingga Allah mengembalikan penglihatanmu, apakah engkau akan bersyukur kepada Allah?’ Orang buta itu menjawab, ‘Ya, tentu saja’.

Lalu Nabi Isa mengusap mata orang buta itu dan berdoa kepada Allah. Setelah itu, orang buta itu dapat melihat. Kemudian Nabi Isa berkata kepada orang Yahudi yang menemaninya, ‘Demi Dia yang telah memperlihatkan kepadamu bagaimana orang buta ini dapat melihat, apakah engkau punya satu roti lainnya?’ Yahudi itu menjawab, ‘Demi Tuhan, hanya ada satu roti’. Nabi Isa terdiam.

Mereka meneruskan perjalanan, hingga melewati seekor rusa. Lalu Nabi Isa memanggil rusa itu, kemudian menyembelihnya dan memakannya. Sehabis menikmati daging rusa, Nabi Isa berkata, ‘Wahai rusa, berdirilah dengan izin Allah’. Maka rusa itu kembali hidup, seperti sedia kala.

Yahudi itu berkata, ‘Mahasuci Allah’. Nabi Isa berkata, ‘Demi Dia yang telah memperlihatkan mukjizat ini kepadamu, siapakah yang memakan roti ketiga itu?’ Orang Yahudi itu menjawab, ‘Hanya ada satu roti, sebagaimana yang sudah saya katakan’.

Mereka kembali melanjutkan perjalanan, hingga tiba di sebuah perkampungan. Tak disangka, di dekat mereka ada tiga batu besar terbuat dari emas. Nabi Isa berkata, ‘Satu batu emas untukku, satu untukmu, dan satu lagi untuk orang yang punya roti ketiga’. Mendengar ucapan Nabi Isa, orang Yahudi berkata, ‘Akulah yang punya roti ketiga itu. Aku memakannya ketika engkau sedang berdoa’.

Nabi Isa berkata, ‘Kalau begitu, semua batu ini untukmu’. Lalu Nabi meninggalkan Yahudi itu.

Tinggallah orang Yahudi itu sendiri. Ia mencoba membawa tiga batu emas itu, namun ia tidak sanggup membawanya. Tidak lama kemudian, lewatlah tiga orang, lalu mereka membunuh Yahudi itu dan menguasai batu emasnya.

Tiga batu emas itu sungguh menggoda. Lalu dua orang di antara mereka berniat buruk kepada salah satunya. Lalu salah satunya berkata, ‘Pergilah engkau ke perkampungan terdekat. Belilah makanan untuk kita’. Setelah orang itu pergi, satu orang berkata, ‘Jika nanti ia datang, kita bunuh saja, dan emas ini kita bagi berdua’. Temannya setuju.

Sementara temannya yang sedang mencari makanan berkata dalam hati, ‘Nanti setelah membeli makanan, maka aku akan taburkan racun di dalam makanan itu agar mereka mati keracunan. Dengan begitu, aku sendiri yang menguasai batu emas itu’.

Sampailah orang itu dengan membawa makanan yang telah ditaburi racun. Lalu dua orang temannya langsung membunuhnya. Kemudian keduanya menikmati makanan itu. Tak lama kemudian, keduanya mati juga.

Setelah peristiwa itu, Nabi Isa melewati batu itu bersama para sahabatnya yang lain. Ketika ia melihat ada 4 orang mati di samping batu emas itu, ia berkata kepada para sahabatnya sambil menunjuk batu emas dan orang-orang yang mati itu, ‘Begitulah dunia memperlakukan penghuninya. Oleh karena itu, berhati-hatilah kalian’.

Pesan moral kisah ini sungguh jelas. Pertama, pilihlah teman perjalanan yang baik, apakah itu istri, suami, atau sahabat. Kedua, jangan berlaku culas terhadap teman perjalanan. Ketiga, jika hati terlalu terpikat dengan dunia, maka ia tidak akan sanggup menghadapi godaan dunia. Keempat, harta berpotensi untuk membuat gelap hidup. Demi harta, orang rela bunuh-membunuh. Inilah yang dimaksud Rasulullah ketika beliau bersabda, ‘Sesungguhnya yang aku kuatirkan terhadap kalian sesudahku adalah terbukanya sebagian kemewahan dan gemerlap dunia’ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Yang membuat kita selamat di dunia adalah manakala kita menghiasi hidup kita dengan zikir (ingat, mawas diri) kepada Allah, menjadikan apapun sebagai sarana untuk dekat kepada Allah, mendekatkan diri dengan para ulama, dan terus belajar sepanjang hidup. Begitulah pesan Rasulullah, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi.

Sumber : http://yesmuslim.blogspot.com/2015/11/kisah-menakjubkan-tentang-nabi-isa-as.html#ixzz4GT1yv3n1
Follow us: @yesmuslim_ on Twitter | owtop on Facebook

Thursday, August 4, 2016

30 tahun tak mandi



DONNA bersama Hisee. - Mirror

Agensi
London: Seorang wanita tidak mandi selama 30 tahun kerana trauma akibat kejadian yang berlaku ketika dia baru berusia lima tahun.

Donna McMahon, 35, terlalu takut dengan air terutama yang dijirus ke atas kepalanya, sehingga menyebabkan dia tidak mandi langsung, malah cuma mencuci rambutnya sedikit demi sedikit dalam proses yang mengambil beberapa jam.

Bagaimanapun, dia akhirnya berjaya mengatasi ketakutannya selepas rawatan hipnoterapi selama kira-kira empat bulan.


“Buat kali pertama sejak sekian lama saya kini boleh mandi seperti orang normal dan tidak lagi mengelak kolam renang atau pantai. Anak saya juga mendapat manfaat daripada rawatan saya.

“Sebelum ini saya tidak dapat mengenal pasti punca ketakutan itu, namun pakar hipnotis, Robert Hisee, berjaya mencungkil kejadian yang berlaku ketika saya berusia lima tahun sebagai sebabnya.

“Ketika itu kami sekeluarga bercuti dan saya menaiki gelongsor di kolam renang dan ditolak kanak-kanak lain sebelum saya bersedia. Sepanjang turun gelongsor itu saya ketakutan dan panik kerana menyangka akan lemas jika ayah tidak sempat menyambut saya,” katanya.

Donna berkata, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam, malah dia cuma berani membersihkan badan sikit-sikit dengan duduk di dalam air yang cuma sedalam beberapa inci.

Sementara itu, Hisee berkata, trauma Donna berpunca akibat ‘termakan’ dengan bayangan sendiri disebabkan panik ketika kejadian bermain gelongsor.

“Dia tidak lemas dalam kejadian itu, kerana ayahnya sempat menyambutnya. Namun dia terlalu membayangkan perkara buruk berlaku sehingga tidak mampu memisahkannya daripada realiti,” katanya.

Menurutnya, sebaik tamat sesi terapi, dia membawa Donna ke Sungai Mersey dan wanita itu, secara berperingkat-peringkat berjaya mengatasi ketakutannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 7:55 AM

'Bas tergantung' mula diuji




PEMANDANGAN di dalam bas yang dikatakan boleh memuatkan 300 orang.

TEB diharap dapat atasi kesesakan jalan raya.

Agensi
Beijing: Selepas menanti sekian lama, impian yang dulunya dianggap tidak masuk akal, akhirnya hampir menjadi realiti apabila jurutera China buat kali pertama menguji ‘bas tergantung’ di bandar Qinhuangdao di wilayah Hubei, kelmarin.

China mula merancang menggunakan pengangkutan yang dinamakan ‘Transit Elevated Bus’ (TEB) sejak beberapa tahun lalu sebagai cara untuk mengatasi kesesakan jalan raya di bandar besar seluruh negara itu.

Minat terhadap projek itu kembali segar Mei lalu apabila model bas berkenaan dipamerkan di Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa Beijing ke-19.


Setiap gerabak bas sepanjang 22 meter, 7.8 meter lebar dan 4.8 meter tinggi itu boleh memuatkan 300 penumpang dan melalui di atas kereta serta membolehkan trafik melalui di bawahnya.

Ujian yang dilakukan kelmarin bertujuan menilai sistem brek, perjalanan dan penggunaan tenaga, menurut tebctech, syarikat yang membantu mengeluarkan TEB. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 8:05 AM

Monday, August 1, 2016

Pengantin termuda


Kaherah: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengahwini sepupunya yang cuma dua tahun muda daripadanya dalam majlis yang diadakan besar-besaran selain menyebabkan mereka digelar pasangan pengantin termuda dunia.

Faris Abdul Aziz dan pasangannya Nancy berkahwin di sebuah kampung di utara Kaherah, Jumaat lalu, dengan dihadiri ratusan orang.

Laporan akhbar memetik bapa pengantin lelaki cilik itu berkata, dia mahu anaknya berkahwin kerana mahu mendapatkan sebanyak mungkin hadiah perkahwinan.

Menurut seorang jiran: “Dia berkata selama ini sudah ratusan penduduk kampung mendapat hadiah perkahwinan daripadanya dan kini tiba masa untuk dia pula mendapat hadiah.”

Peguam, Mahmoud Shabana dipetik akhbar Al Masry Al Youm menyifatkan perkahwinan itu sebagai perbuatan jenayah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 10:14 AM

Khaled sudah makin kurus


 
GAMBAR terbaru Khaled (kiri) dan pada 2013.

Agensi
Jeddah: Seorang remaja berusia 20 tahun yang satu ketika dulu mempunyai berat badan lebih 600 kilogram, sudah kehilangan dua per tiga beratnya itu.

Gambar Khaled al-Shaeri - yang pernah diisytiharkan remaja paling berat di dunia - sebelum dan selepas kehilangan berat badannya, viral di media sosial Arab Saudi sejak dua hari lalu.

Pada 2013, berat Khaled ialah 610 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter dari kediamannya di Jazan ke Pusat Perubatan King Fahd di Riyadh untuk menjalani rawatan atas arahan Almarhum Raja Abdullah.

Ketika itu, Khaled terpaksa diangkut dengan kren khas yang dipesan dari Amerika Syarikat serta memerlukan 30 pegawai perubatan dan pertahanan awam untuk membantunya.

Sejak itu, dia menjalani program kesihatan untuk menurunkan berat badannya.

Februari lalu, satu video menunjukkan dia berjalan dengan bantuan tongkat.

Kelmarin, doktor berkata, dia kini sudah kehilangan dua per tiga berat badannya, tetapi masih perlu menjalani rawatan untuk memastikan dia memperoleh berat badan paling sesuai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 7:41 AM

Jual pontianak di Facebook



GAMBAR yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan. - Agensi

Agensi
Jakarta: Seorang pengguna Facebook di Indonesia menggemparkan komuniti laman sosial di negara itu apabila dia mengiklankan pontianak untuk dijual.

Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di satu laman kumpulan di Facebook pada Rabu lalu dan terus viral dalam tempoh beberapa jam.

Tidak cukup dengan itu, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan dipercayai pontianak.

“Pontianak asli untuk dijual. Khasiat rambutnya mempunyai pelbagai fungsi.

“Ilmu pengasih peringkat tinggi dan paling ampuh serta teman ghaib. Sehelai rambut dijual pada harga Rp700,000 (RM217),” katanya.

Iklan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia dan dikongsi lebih 3,000 kali.

Bagaimanapun, beberapa pengguna laman sosial menganggap iklan berkenaan hanya gurauan, tetapi ramai juga yang mempercayainya.

“Sekiranya asli saya mahu, saya mahu jadikannya isteri saya,” kata seorang pengguna Facebook, Diajeng.

“Walaupun saya yakin pontianak itu hanya lakonan, tetapi ia masih membuatkan saya takut,” kata seorang lagi pengguna Facebook.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:11 AM