GAMBAR terbaru Khaled (kiri) dan pada 2013.
Agensi
Jeddah: Seorang remaja berusia 20 tahun yang satu ketika dulu mempunyai berat badan lebih 600 kilogram, sudah kehilangan dua per tiga beratnya itu.
Gambar Khaled al-Shaeri - yang pernah diisytiharkan remaja paling berat di dunia - sebelum dan selepas kehilangan berat badannya, viral di media sosial Arab Saudi sejak dua hari lalu.
Pada 2013, berat Khaled ialah 610 kilogram apabila dia dibawa dengan helikopter dari kediamannya di Jazan ke Pusat Perubatan King Fahd di Riyadh untuk menjalani rawatan atas arahan Almarhum Raja Abdullah.
Ketika itu, Khaled terpaksa diangkut dengan kren khas yang dipesan dari Amerika Syarikat serta memerlukan 30 pegawai perubatan dan pertahanan awam untuk membantunya.
Sejak itu, dia menjalani program kesihatan untuk menurunkan berat badannya.
Februari lalu, satu video menunjukkan dia berjalan dengan bantuan tongkat.
Kelmarin, doktor berkata, dia kini sudah kehilangan dua per tiga berat badannya, tetapi masih perlu menjalani rawatan untuk memastikan dia memperoleh berat badan paling sesuai. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 7:41 AM
No comments:
Post a Comment