Menurut laporan Mail Online, keluarga kanak-kanak dinamakan sebagai Sagar Dorji yang dilahirkan di Lakhimpur, di timur laut negeri Assam itu terdesak mahu mengetahui punca penyakit anak mereka.
“Mata Sagar pada mulanya bengkak dan bertukar merah. Tidak lama selepas itu, darah mula keluar. Saya tidak tahu ‘sumpahan’ apa yang terjadi kepada kami,” kata ibunya, Kusum.
Lebih menyedihkan apabila ibu bapanya yang hidup dalam kea­daan miskin tidak mampu mengeluarkan sebarang kos rawatan.
“Ujian makmal sahaja kira-kira Rs12,000 (RM625.16), tetapi saya tidak mempunyai wang untuk membayar sebanyak itu,” kata bapa Sagar, Pratim Dorji, 35, yang bekerja sebagai buruh.
Keadaan Sagar mendapat perhatian daripada komuniti perubatan di Guwahati, bandar terbesar di Assam, tetapi setelah mendapatkan rawatan, keadaannya tidak berubah sehingga ke hari ini.
“Saya tidak mempunyai pilihan, tetapi tetap meneruskan rawatan kerana saya tidak mampu menanggung kos perubatan di bandar besar seperti Mumbai dan Delhi.
“Namun, saya merayu kepada mereka yang bermurah hati untuk menghulurkan sedikit bantuan supaya dapat menyelamatkan anak saya. Ibu bapa lain pasti dapat merasai penderitaan saya ini,” kata Pratim.