Maisie OBrien dirawat di hospital ditemani ibunya Nicky OBrien. AGENSI
LONDON 22 Nov. – “Cuba anda bayangkan perasaan saya, dengan keadaan anak kecil saya yang baru berusia 15 bulan diserang sawan hampir 40 kali sehari dalam tempoh 24 jam” itulah luahan seorang ibu dari Britain.
Menurut Nicky O’Brien, 29, anak kecilnya itu mula menghidap sawan sejak berusia tujuh bulan.
Akhbar The Sun Uk melaporkan, Maisie O’Brien dipercayai menghidap sejenis gangguan genetik yang jarang-jarang berlaku, dipanggil ‘Shox Depletion’ atau kehilangan sebahagian kromosom x dalam badannya,
Nicky dari Wisbech, Cambridgeshire, baru-baru ini berkata, pernah anaknya mengalami penyakit itu sebanyak 46 kali, dan paling sedikit sebanyak dua kali sehari.
“Keadaan ini sangat menakutkan kami sekeluarga, dulu Maisie merupakan seorang kanak-kanak normal, riang serta penyayang. Tapi kini setiap saat yang kami lalui sangat menyedihkan. Keadaan dirinya menyayat hati.
“Keadaan dirinya telah mengubah kami sekeluarga, doktor pernah memberitahu keadaan ini sangat jarang berlaku serta amat berbahaya,” katanya kepada The Sun, baru-baru ini.
Nicky yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa berikutan keadaan anaknya itu berkata, doktor pada awalnya hanya menyangka penyakit Maise mungkin konvulsi febril yang menyebabkan tubuh seseorang kaku serta kulit tangan kaki pula berkedut.
“Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu, keadaannya bertambah buruk, malah badannya sudah tidak dapat digerakkan seperti sebelum ini.
“Apabila usianya menjangkau sembilan bulan, Hospital Queen Elizabeth mendapati anak saya sebenarnya menghidap Shox Depletion. Ketika ini, belum ada cara untuk merawat penyakit itu,” jelasnya.
Wanita itu berkata, ketika ini keluarganya berharap ihsan daripada masyarakat supaya membantu meringankan kos perubatan.
“Maisie memerlukan katil khas yang mempunyai sistem penggera... sekiranya dia diserang sawan, kami boleh bersedia,” ujar Nicky.
No comments:
Post a Comment