The Giant Causeway, Northern Ireland
MUKA bumi kita memiliki kepelbagaian alam semula jadi yang sangat menakjubkan, namun masih ramai antara kita yang belum pernah menyaksikannya.
Sebagai contoh, The Giant Causeway, sebuah kawasan
pesisir pantai yang mempunyai kira-kira 40,000 blok batu-batuan berbentuk yang terjadi akibat aliran lahar gunung berapi beribu tahun lampau.
The Giant Causeway yang terletak di sebuah tempat dikenali sebagai County Antrim, Ireland Utara digazetkan sebagai Kawasan Warisan Dunia UNESCO pada 1986 kerana keunikan dan keajaiban yang tidak terdapat di tempat lain di dunia ini.
Kebanyakan batuan kolum itu berbentuk heksagon
dan oktagon selain berketinggian sehingga 12 meter, manakala yang disaluti lava gunung berapi mempunyai ketinggian sehingga 28 meter.
Di dalam cerita-cerita rakyat Ireland Utara, nama The Giant Causeway diberikan ekoran kisah dua gergasi yang bergaduh sesama sendiri sehingga batu yang dipijak menjadi seakan laluan berjalan kaki.
No comments:
Post a Comment