Hillary tinggal di dalam kereta kerana enggan berpisah dengan anjingnya. |
KENT - ENGLAND. Seorang wanita menghabiskan masa selama empat bulan tinggal di dalam kereta kerana enggan berpisah dengan anjing peliharaannya.
Hillary Barrows, 57, sebelum ini bekerja sebagai guru bahasa Inggeris pulang ke kampung halamannya Januari lalu dan menyewa di sebuah flat.
Namun, Hillary terpaksa berpindah keluar dari rumah tersebut kerana tidak mampu untuk membayar sewa.
Walaupun ditawar untuk tinggal di rumah kebajikan, namun, Hillary enggan berbuat demikian kerana terpaksa berpisah dengan anjing peliharaannya.
Dia kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di dalam kereta Alfa Romeo miliknya.
"Saya kehabisan duit untuk menyewa rumah dan walaupun ditawarkan untuk tinggal di rumah kebajikan, saya menolaknya kerana tidak dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan.
"Salah satu tempat yang boleh tinggal adalah kereta," katanya dipetik Metro.uk
Menurutnya, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk tinggal di dalam kereta kerana kemudahan yang disediakan seperti tandas awam untuk mandi, kedai makanan segera yang dibuka 24 jam membolehkannya mengecas telefon bimbit dan komputer.

No comments:
Post a Comment