Arab Saudi sedang membina sebuah hotel bertaraf lima bintang yang akan menempatkan lebih 10,000 buah bilik, dijangka diiktirafkan sebagai hotel paling besar di dunia. Hotel itu akan siap sepenuhnya pada 2017. AGENSI
MEKAH 22 Mei – Arab Saudi sedang membina sebuah hotel bertaraf lima bintang yang akan menempatkan lebih 10,000 buah bilik, dijangka diiktirafkan sebagai hotel paling besar di dunia.
Portal Mail Online melaporkan, hotel setinggi 44 tingkat dan dikenali sebagai Abraj Kudai itu, dijangka siap sepenuh-nya pada tahun 2017.
Reka bentuk hotel moden dan canggih tersebut dihasil-kan oleh syarikat pembinaan terkenal, Dar Al Handasah dan dibina di tanah seluas 4.6 juta meter persegi.
Menurut laman web reka bentuk, designMENA, kerja-kerja pembinaan projek menelan belanja 2.25 bilion pound (RM12.6 bilion) yang turut memiliki 70 buah restoran, kawasan pendaratan helikopter dan sebuah kubah terbesar di dunia itu kini giat sedang dijalankan.
“Sebanyak 10 tingkat hotel berkenaan akan menyediakan kemudahan bertaraf empat bintang untuk tetamu-tetamu manakala dua lagi tingkat lagi pula bertaraf lima bintang,” jelas designMENA.
Kumpulan Dar Al Handasah dalam laman webnya berkata, hotel berkenaan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan menarik kepada pelanggannya seperti kemudahan stesen bas, pusat membeli belah dan pusat konvensyen.
“Reka bentuk dan kemudahan yang ditawarkan setanding dengan mana-mana hotel hebat yang kini kebanyakannya berada di Las Vegas dan kami yakin semua pihak akan kagum dengan seni binanya,” ujar Kumpulan Dar Al Handasah.
No comments:
Post a Comment