Lee Hsien Loong
SINGAPURA 7 April – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dilaporkan memperolehi gaji tahunan kira-kira AS$1.7 juta (RM6.1 juta), pendapatan paling tinggi dalam kalangan pemimpin dunia, lapor akhbar The Independent dan International Business Times, baru-baru ini.
Pendapatan Hsien Loong yang merupakan anak kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew itu adalah menyamai gabungan pendapatan tahunan pemimpin-pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK).
Perdana Menteri Singapura itu, bagaimanapun telah memotong gajinya sebanyak 28 peratus berikutan ramai yang tidak berpuas hati selepas beliau memperolehi pendapatan lebih AS$2.8 juta (RM10.1 juta) dari 2008 hingga 2012.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).
Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden China, Xi Jinping pula dilaporkan memperoleh pendapatan paling sedikit dalam kalangan pemimpin dunia dengan hanya memperoleh gaji di bawah AS$50,000 (RM181,199) setahun.
No comments:
Post a Comment