Wanita tertidur dalam cuaca sejuk kena frostbite
Foto yang dimuatnaik di laman sosial.
SASKATCHEWAN - CANADA. Seorang wanita warganegara Australia terkena Frostbite selepas dijumpai tertidur di tepi sebuah bangunan kerana mabuk, minggu lalu.

Frostbite merupakan satu kondisi di mana kulit dan tisu anggota badan rosak akibat pembekuan terlampau.

Wanita berkenaan yang menggunakan nama TheBassistMuse di laman foto Imgur.com memberitahu beliau bersama dengan beberapa orang rakan di sebuah pub sebelum kejadian.

Menurut Dailymail.uk, wanita berkenaan yang tidak mendedahkan namanya, memuatnaik satu siri foto yang menunjukkan bagaimana jari-jemarinya mula membengkak, menggelembung dan kemudian diubati oleh doktor.

Selain daripada menyesal dengan apa yang berlaku, beliau juga menasihatkan pelayar dan pembaca supaya tidak 'gila' seperti dirinya (mabuk dan tidur dalam cuaca sejuk).