Pages

Thursday, March 19, 2015

Kanak-kanak terpaksa naik kuda selama 3 jam ke sekolah



SETIAP hari kanak-kanak ini perlu menunggang kuda selama tiga jam untuk ke sekolah. – Agensi


GUANGGXI, China – Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang kuda selama tiga jam setiap hari semata-mata mahu pergi ke sekolah yang terletak kira-kira 16 kilometer dari rumah mereka di Kampung Mudong di sini.
Kanak-kanak itu, Huang Shijun, Huang Chenbin dan Huang Lingyan akan ditemani oleh datuk mereka iaitu Huang Fengjun yang akan berjalan kaki merentas jalan berbukit, berlumpur dan berliku sebelum sampai ke Sekolah Rendah Liuli.
“Selepas menghantar mereka, saya akan berjalan kaki semula ke rumah untuk menyambung kerja harian sebagai petani manakala kuda tersebut akan diikat berhadapan dengan kawasan sekolah,” ujarnya.
Kanak-kanak ini berkongsi dua ekor kuda untuk ke sekolah yang mempunyai seorang guru dan dua buah kelas terdiri daripada 19 orang pelajar setiap satunya.
Menurut Fengjun, denai tersebut merupakan satu-satunya jalan yang ada di kampung tersebut dan kadang kala ia tidak boleh dilalui terutama ketika musim sejuk. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3UmqHvQIq 
Hakcipta terpelihara 

No comments: