Ribut geomagnet: Gangguan kuasa, telekomunikasi
Ribut geomagnet yang disebabkan oleh letusan solar berkembar tersebut didakwa boleh menyebabkan gangguan kepada bekalan kuasa dan perkhidmatan telekomunikasi di bumi.
MIAMI - Letusan solar berkembar pada Ahad lalu telah menyebabkan ribut geomagnet yang didakwa boleh menyebabkan gangguan bekalan kuasa dan perkhidmatan telekomunikasi di bumi.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Angkasa, Thomas Berger memaklumkan ribut solar tersebut dikategorikan sebagai G4 daripada skala 1 hingga 5 oleh Pentabdiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA).

"Bumi turut menerima tempias daripada fenomena letusan solar tersebut dan ribut tersebut bergerak lebih cepat daripada yang diramalkan oleh Pusat Ramalan Kaji Cuaca Angkasa," katanya.

Menurutnya lagi, mereka menjangkakan ribut geomagnet kategori G1 melanda bumi pada hari ini. - AFP