Polis China mengetatkan kawalan di sekitar mahkamah untuk menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan itu. - Foto AFP |
Ilham Tohti yang merupakan bekas profesor di sebuah universiti didakwa atas tuduhan memprovokasi kumpulan hak asasi, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah terhadap diskriminasi yang diamalkan oleh rejim.
Agensi berita Xinhua melaporkan, antara rakaman kuliah beliau adalah mengatakan Xinjiang pada awalnya adalah milik Uighur dan bukannya majoriti etnik Han di China.
Pendakwa raya negeri menyifatkan kenyataan itu adalah sama dengan tindakan mempersoalkan kerajaan ketika serangan di Xinjiang tahun lalu.
Tohti juga mempertikaikan Perlembagaan yang menjamin kebebasan rakyat bersuara, namun pendakwa menyangkalnya dengan mengatakan rakyat tidak seharusnya merosakkan kepentingan negara ketika melaksanakan kebebasan yang diberi dalam laporan Channel News Asia.
No comments:
Post a Comment