NEW DELHI - Seorang lelaki dianggap sangat bernasib baik kerana masih mampu hidup walaupun sebutir peluru tertanam di jantungnya sejak dua bulan lalu, lapor akhbar MailOnline semalam.
Lelaki itu, Bharat Sharma terkena dua das tembakan yang dilepaskan individu tidak dikenali ketika berada di sebuah bank di sini pada 22 Julai lalu.
Mangsa yang berusia 32 tahun tersebut terkena satu das tembakan di bahagian pinggang manakala sebutir lagi peluru sepanjang satu milimeter menembusi jantungnya.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Perubatan Kolej Awaharlal Nehru di Aligarh dan beberapa doktor berjaya mengeluarkan satu peluru dari pinggangnya.
Bagaimanapun, doktor bimbang untuk mengeluarkan peluru kedua yang tertanam di jantungnya kerana khuatir ia akan meragut nyawanya.
Selepas dua bulan, beberapa doktor di Hospital Sal, Gujarat menyahut cabaran untuk membedah jantung Sharma bagi mengeluarkan peluru itu baru-baru ini.
"Ia merupakan satu kes yang luar biasa kerana dia masih hidup walaupun sebutir peluru tertanam di jantungnya selama dua bulan," kata pakar bedah jantung, Dr.Anil Jain. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3EOLklDMb
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment