Pages

Wednesday, July 16, 2014

Qatar beli peluru berpandu Patriot RM35b



REUTERS
GAMBAR fail bertarikh 5 Februari 2013 menunjukkan sistem pertahanan peluru berpandu Patriot dipasang di sebuah pangkalan tentera di Gaziantep, Turki.


WASHINGTON - Qatar akan membeli peluru berpandu Patriot Amerika Syarikat (AS) untuk kali pertama dalam satu perjanjian pembelian senjata bernilai AS$11 bilion (RM35 bilion), kata seorang pegawai kelmarin.
Perkembangan itu berlaku ketika Washington menunggu keputusan Qatar berhubung kontrak lumayan pembelian jet AS.
Pegawai AS berkenaan berkata, penjualan tersebut membolehkan Qatar memiliki sistem peluru berpandu Patriot yang direka untuk memusnahkan peluru berpandu lain di samping 24 buah helikopter tempur Apache dan 500 peluru berpandu pemusnah kereta kebal Javelin.
Qatar kini meningkatkan pembelian sistem pertahanan peluru berpandu bagi menghadapi ancaman dari Iran selepas Teheran meningkatkan keupayaan peluru berpandu negara itu.
Perjanjian penjualan senjata itu adalah yang terbesar untuk AS pada tahun ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz37aC8Ion2 
Hakcipta terpelihara 

No comments: