Pages

Wednesday, July 16, 2014

Kanak-kanak hidup semula selepas disahkan mati


YouTube
IMEJ menunjukkan bapa kepada kanak-kanak berusia tiga tahun segera mengangkatnya selepas didapati bergerak-gerak.


AURORA, Filipina - Satu kejadian pelik berlaku di sini apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tiga tahun dikatakan hidup semula selepas disahkan mati oleh pihak doktor, lapor portal berita huffingtonpost.com semalam.
Kejadian di Zamboanga del Sur di selatan Filipina itu disedari oleh keluarga kanak-kanak berkenaan apabila mereka mendengar seperti ada pergerakan dalam keranda dan apabila dibuka didapati kepala kanak-kanak itu bergerak-gerak.
Beberapa orang yang hadir telah merakamkan peristiwa aneh itu dengan menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya dimuat naik ke internet.
Sebelum itu, kanak-kanak terbabit telah dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.
Kanak-kanak ajaib itu bagaimanapun dilaporkan telah meninggal dunia selepas pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh seorang pegawai kesihatan, Mary Silyne Asor Cabahug.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz37aCYjWQE 
Hakcipta terpelihara 

No comments: