Pages

Sunday, July 6, 2014

Bangkai ikan paus jadi daya tarikan


BAPA Nagel berjalan di atas bangkai seekor ikan paus biru yang ditemui mati di pantai Taranaki, New Zealand pada isnin lalu.


NEW PLYMOUTH, New Zealand - Bangkai seekor ikan paus biru yang seberat 100 tan menjadi daya tarikan baharu para pelancong di Pulau Utara di sini sejak Isnin lalu.
Ikan yang dikenali sebagai yang terbesar dan terberat pernah wujud itu ditemui mati di pantai Taranaki, dekat sini.
Gambar mamalia itu dirakamkan oleh seorang jurugambar video, Stefan Nagel yang kemudian memuat naik ke laman YouTube.
Imej di laman tersebut menunjukkan bapa Nagel berdiri dan berjalan di atas badan ikan tersebut.
Setakat ini, para saintis tidak mengetahui punca kematian ikan tersebut.
Namun, mereka percaya ikan itu mati kerana sebab-sebab semula jadi.
Renjer Kanan Jabatan Pemuliharaan Taranaki, Callum Lilley berkata, masih sukar untuk menentukan punca yang menyebabkan ikan tersebut mati kerana organ dalaman mamalia itu rosak teruk.
Namun, katanya, kematian ikan itu bukan berpunca daripada serangan ikan jerung.
Nagel memberitahu Daily Mail Australia, dia memandu kenderaan ke pantai Taranaki dan berjalan sejauh dua kilometer sebelum menemui bangkai ikan berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz36dqfdIWf 
Hakcipta terpelihara 

No comments: