Pages

Saturday, July 5, 2014

Pencuri minta maaf lepas 8 tahun curi kasut


Riyadh: Seorang pencuri yang menyesal dengan perbuatannya meminta maaf daripada seorang lelaki Arab Saudi kerana mencuri kasutnya lapan tahun lalu.

‘Pencuri insaf’ itu menghantar wang SR500 (RM424) di dalam sampul yang disertakan nota memohon maaf.

Mangsa, Abu Abdul Rahman berkata, kasutnya dicuri ketika dia menghadiri majlis perkahwinan di rumah saudaranya.

Menurutnya, kasut berkenaan baru dibeli dan kali pertama dipakai ke majlis itu tetapi malangnya ia dicuri dan dia terpaksa pulang berkaki ayam.

“Saya terkejut apabila menerima sampul yang dihantar ke pejabat saya oleh seorang budak lelaki Rabu lalu.



Sebaik membuka sampul berkenaan, saya menemui nota pencuri itu yang menyatakan dia sangat menyesal mencuri kasut saya dan memohon maaf sempena bulan Ramadan ini,” katanya.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

No comments: