- Jemaah umrah dan haji datang awal ke Makkah untuk berpuasa.
Menurut Arab News, statistik terbaharu mendedahkan, kira-kira 5.3 juta jemaah haji memasuki Arab Saudi sehingga Ahad sejak awal musim umrah lagi.
Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, semua jemaah diingatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah pencegahan penyakit berjangkit.
“Mereka dinasihatkan mengambil vaksin. Kami sedang memantau keadaan kesihatan masuk jemaah di Makkah dan Madinah mulai ketibaan dan keberangkatan mereka," katanya.
Kementerian Haji mengesahkan, sehingga kini belum ada laporan jemaah haji atau umrah dijangkiti wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers).
No comments:
Post a Comment