Pages

Wednesday, June 25, 2014

Tuah penjenayah kacak


Jeremy Meeks's Mother Katherine Angiers Launches GoFundMe
Jeremy Meeks

California: Ketampanan seorang lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana serangan bersenjata menjadikan agensi pengiklanan berpusu-pusu mahu mendapatkannya.

Jeremy Meeks yang mendapat gelaran penjenayah paling kacak, dilaporkan mampu memperoleh AS$30,000 (RM96,420) sebulan melalui tawaran diberikan agensi yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai model.


Meeks menawan hati ramai wanita di seluruh dunia selepas polis memuat naik gambarnya di laman Facebook selepas ditahan berikutan serangan bersenjata dilakukan kumpulan yang dikehendaki polis di bandar Stockton, California.



Menurut polis, dia antara penjenayah paling berbahaya di bandar berkenaan namun wajahnya menjadi viral dan mendapat hampir 40,000 Like.


Dengan wajahnya yang kacak, tiada gambar yang pernah menarik perhatian sebanyak gambarnya sejak Jabatan Polis Stockton mempunyai laman Facebook sejak dua tahun lalu.


Sebuah agensi peragaan berkata: “Jika Meeks menerima tawaran jenama fesyen terkenal seperti Versace dan Amani, dia mampu menerima pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.” Menurut agensi itu, tatu pada wajah Meeks dianggap seksi dan menawan.

Ibunya, Katherine Angier membuat kenyataan laman di Facebook bagi mengumpul dana untuk membantu anaknya menjalani “perbicaraan yang adil” dengan mengatakan anaknya tidak terbabit dalam mana-mana kumpulan dan sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika ditahan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

No comments: