Pages

Thursday, June 26, 2014

Rokok lebih bahaya


WASHINGTON 25 Jun - Sebuah pertubuhan amal Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, syarikat tembakau di seluruh dunia menggunakan taktik kotor sejak 50 tahun lalu untuk menjadikan rokok lebih berbahaya sekali gus mengundang ketagihan kepada golongan muda.
Laporan yang dikeluarkan oleh Kempen untuk Kanak-Kanak Bebas Tembakau menyebut, rokok yang dihasilkan pada hari ini turut mengundang risiko penyakit yang lebih teruk termasuk kanser paru-paru berbanding produk sama yang dijual pada 1964.
Mail Online yang memetik laporan berkenaan menyatakan, syarikat rokok menggunakan bahan yang menyebabkan ketagihan kepada nikotin sehingga menggalakkan peningkatan perokok baharu dalam kalangan remaja.
"Syarikat tembakau juga meningkatkan jumlah nikotin selain menambah ammonia yang boleh mempercepatkan kesan nikotin sampai ke otak selain ke paru-paru dan jantung.
"Taktik kotor lain yang digunakan termasuk menambah gula yang boleh meningkatkan kadar ketagihan kesan nikotin," jelas laporan yang bertajuk Designed for Addiction (Dicipta untuk Ketagihan).
Selain itu, laporan terbabit mendakwa, perubahan rasa dan bau rokok yang dilakukan syarikat tembakau, menyebabkan ramai orang mula atau meneruskan menghisap rokok.
Tambahnya, syarikat berkenaan juga menjadikan asap rokok lebih dengan menambah asid levulinic.
"Semua perubahan itu jelas menunjukkan rokok pada masa kini dijadikan produk yang memberi kesan ketagihan tinggi kepada perokok.
"Kebanyakan perokok baharu mula ketagih pada usia kanak-kanak dan syarikat tembakau sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi menjalankan kajian mencipta rokok baharu yang diubahsuai bagi meluaskan pasaran mereka walaupun tindakan itu mengundang lebih banyak risiko," jelas laporan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140626/lu_10/Rokok-lebih-bahaya#ixzz35h9ZOyqc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: