Sinar kosmik mengandungi partikel partikel yang berkuasa tinggi. Apabila manusia meninggalkan atmosfera bumi, sinar ini boleh membunuh sel dan menyebabkan kanser. Ia juga amat sukar untuk dibendung, demikian lapor Wired.
Kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal saintifik PLOS One, berkata angkasawan boleh menerima dos dos radiasi sinar kosmik melebihi had seumur hidup mereka selepas hanya 18 bulan (bagi wanita) atau dua tahun (bagi lelaki) yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Jenis tumor yang dihasilkan ion sinar kosmik lebih agresif berbanding daripada radiasi lain” Francis Cucinotta, Pakar radiasi
“Jenis tumor yang dihasilkan ion sinar kosmik adalah lebih agresif berbanding dengan apa yang kita dapat daripada radiasi lain,” kata pakar radiasi Francis Cucinotta, yang menulis laporan itu.
Kesimpulannya nyata sekali memberikan kesan yang lebih meluas, semakin jauh ruang angkasa dijelajahi. Sekiranya kita akan menghantar seseorang ke Marikh, adalah wajar jika kita mampu melindungi mereka daripada kesan radiasi ini.
Cucinotta menganggarkan bahawa, berdasarkan tahap kemajuan teknologi sedia ada, jangka hayat seorang angkasawan akan dipendekkan sebanyak 15 hingga 24 tahun selepas hanya satu perjalanan ke planet merah.
NASA semestinya mengambil langkah wajar bagi memastikan angkasawannya tidak berdepan risiko lebih tinggi untuk mati akibat kanser. Sebaik seorang angkasawan menghabiskan terlalu banyak masa mengumpul radiasi di angkasa, mereka perlu dikurung, lapor Wired. - Agensi
No comments:
Post a Comment