Pages

Monday, April 28, 2014

Apple paten sistem halang pengguna menaip mesej ketika memandu



TELEFON pintar iPhone keluaran Apple ini bakal dipasang dengan sistem yang menghalang pengguna menaip mesej ketika memandu.


NEW YORK - Pengguna telefon pintar iPhone keluaran Apple mungkin tidak lagi dapat menaip mesej ketika sedang memandu pada masa hadapan.
Ia ekoran syarikat elektronik itu merancang memasang satu perisian yang dapat menghalang pemandu mengguna telefon ketika menaiki kenderaan, lapor akhbar Mail Online semalam.
Menurut laporan akhbar itu, perisian itu telah dipatenkan di Amerika Syarikat (AS). Ia berfungsi menghalang pengguna menggunakan semua aplikasi pesanan atau mesej ketika sedang memandu.
Sistem berkenaan berfungsi dengan satu sensor dipasang pada telefon tersebut yang akan mengukur kelajuan sesebuah kenderaan dan ia akan mematikan aplikasi pesanan apabila mencapai had laju tertentu.
Sistem berkenaan hanya akan berfungsi sekiranya pengguna duduk di kerusi pemandu sekali gus membolehkan penumpang yang lain menggunakan telefon mereka.
Seorang pakar keselamatan jalan raya di AS, Paul Watters berkata, Apple mempunyai kuasa untuk mengubah budaya bahaya berkenaan dan sistem itu adalah satu langkah yang baik.
Katanya, satu kajian oleh sebuah badan keselamatan jalan raya AS mendapati menaip mesej ketika memandu meningkatkan risiko kemalangan sebanyak 23 kali ganda dan mengurangkan tindak balas pemandu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3086INZIb 
Hakcipta terpelihara 

No comments: