KATHMANDU - Seorang pendaki warga Jepun yang pernah menjalani pembedahan jantung sebanyak empat kali berhasrat menakluki puncak tertinggi di dunia, Gunung Everest untuk kali ketiga.
Pada 2003 dan 2008, Yuichiro Miura, 80, berjaya mendaki hingga ke puncak gunung itu pada ketinggian 8,850 meter.
Misi pada kali ini akan disertai sepuluh pendaki termasuk Miura dan mereka akan menggunakan laluan di rabung tenggara.
Sebelum ini, warga Nepal, Min Bahadur Sherchan, 76, mencipta rekod sebagai individu paling tua menawan puncak Everest pada 2008. - Reuters

No comments:
Post a Comment