Pages

Wednesday, April 3, 2013

Manusia tertua di AS meninggal dunia


record

CLEARWATER, Florida - Manusia tertua di Amerika Syarikat (AS), Elsie Thompson (gambar) telah meninggal dunia pada usia 113 tahun iaitu kira-kira seminggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-114.
Thompson meninggal dunia di rumahnya di Clearwater di sini pada 21 Mac lalu, menurut laporan akhbar Tampa Bay Times pada Ahad lalu.
Kumpulan Penyelidik Gerontologi yang mengesahkan maklumat umur untuk Guinness World Records telah menyenaraikan Thompson sebagai warga AS tertua yang masih hidup selepas kematian Mamie Rearden yang berumur 114 tahun pada Januari lalu di Carolina Selatan.
Dia kerap berkata, rahsia umur panjangnya adalah kerana sifat penyayang dan memberikan senyuman pada setiap hari. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2PN6EFSRF 
Hakcipta terpelihara 

No comments: