SEOUL: Korea Utara semalam mendakwa Amerika Syarikat dan Korea Selatan melakukan serangan siber secara berterusan dan intensif terhadap halaman rasminya sejak beberapa hari lalu.
Beberapa halaman web rasmi Korea Utara termasuk Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), akhbar harian Rodong Sinmun dan penerbangan Air Koryo tidak dapat dimasuki sejak Rabu.
“Pelayar internet dikendalikan republik kami menjadi mangsa serangan siber harian yang dilakukan secara berterusan dan intensif,” kata KCNA yang menjelaskan bahawa masalah itu berkebetulan dengan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Tuduh Amerika Syarikat
Dengan menuduh Amerika Syarikat serta bonekanya, Korea Selatan menjalankan perang siber, KCNA berkata serangan itu bersifat pengecut dan tindakan keji berikutan ketakutan.
Ketegangan ketenteraan di semenanjung Korea meningkat secara dramatik sejak Korea Utara menjalankan ujian nuklear ketiganya bulan lalu.
Pyongyang memberi maklum balas terhadap sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan latihan ketenteraan bersama itu sebagai ancaman perang disokong senjata nuklear. “Kami tidak akan biarkan perang siber seperti ini oleh musuh yang sudah mencapai tahap melulu dan melampau,” kata KCNA.
Tiada maklum balas segera dari kerajaan Korea Selatan terhadap dakwaan pembabitan mereka. - AGENSI
No comments:
Post a Comment