Pages

Saturday, March 16, 2013

3 angkasawan tangguh balik ke bumi



MOSCOW: Tiga angkasawan masing-masing dua dari Russia dan seorang rakyat Amerika Syarikat terkandas selama sehari di stesen angkasa lepas antarabangsa (ISS) selepas cuaca buruk, menangguhkan pendaratan mereka semalam di kawasan padang rumput di Asia Tengah.

Sejak Oktober lalu, angkasawan Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA), Kevin Ford, kosmonaut Russia, Oleg Novitskiy dan Evgeny Tarelkin berada di dalam kapal pengorbit, iaitu makmal penyelidikan berharga AS$100 juta (RM311.95 juta) yang berada kira-kira 400 kilometer di atas Bumi.
Pendaratan dijadual semula

Kabut dan hujan di tapak pendaratan di Kazakhstan menghalang helikopter daripada menyambut kepulangan krew ke Bumi, kata ulasan NASA TV ketika siaran langsung.

Seorang jurucakap agensi angkasa lepas Russia, Roskosmos berkata pendaratan itu akan tertangguh sehari lagi dan kini dijadualkan jam 7.06 pagi waktu Moscow (0306 GMT).

Kepulangan krew ke Bumi menaiki kapal angkasa Russia, Soyuz mengambil masa kurang empat jam. - REUTERS

1 comment:

Arradhiyatul Mutiara said...
This comment has been removed by a blog administrator.