Semuanya berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan sebanyak 110 juta Riyal (RM90 juta) peninggalan arwah suaminya yang sebelum itu merupakan majikannya.
Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Almadinah melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, Ali Ayami.
Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, amah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah.
Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi amah itu dimuatkan dalam akhbar Almadinah edisi 13 Disember lalu.
Agensi berita Indonesia, Antara yang memetik laporan akhbar berkenaan berkata, pada mulanya wanita itu menerima 20 juta Riyal (RM16.5 juta) sebaik-baik suaminya meninggal dunia.
Tidak lama kemudian, wanita tersebut menerima tambahan 90 juta Riyal (RM73.5 juta) selepas aset-aset peninggalan suaminya dijual.
Menurut Ketua Persatuan Syarikat Pengusaha Khidmat Pembantu Rumah (Himstaki), Yunus Yamani, berita kekayaan yang diwarisi wanita yang asalnya seorang pembantu rumah itu merupakan satu berita gembira.
Sebetulnya, terdapat banyak berita positif mengenai rakyat Indonesia yang bekerja di Arab Saudi, tidak hanya kisah sedih mereka didera.
Sudah berjuta rakyat Indonesia yang membantu keluarga mereka dengan mengirim wang yang diperolehi dengan bekerja di Arab Saudi," kata Yunus kepada Antara. - Utusan
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130205/lu_02/Amah-jadi-jutawan-di-Arab-Saudi-miliki-kekayaan-suami#ixzz2K8OQaTXR
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment