SYDNEY 6 Feb. - Sekurang-kurangnya lima orang maut, termasuk seorang kanak-kanak, dan tiga lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 8.0 skala Richter yang menggegarkan Kepulauan Solomon, awal hari ini.
Seorang kakitangan di Lata Hospital, Kepulauan Santa Cruz, Chris Rogers berkata, mangsa yang maut ialah seorang budak lelaki, tiga wanita tua dan seorang lelaki tua.
Sementara itu, agensi berita Xinhua yang memetik media Australia melaporkan, gempa itu turut memusnahkan tiga perkampungan di pedalaman Kepulauan Santa Cruz, tetapi Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) yang sebelum ini mengeluarkan amaran tsunami di kawasan Pasifik Selatan telah membatalkan arahan tersebut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130206/lu_11/Lima-termasuk-kanak-kanak-korban-gempa-Solomon#ixzz2K8MtsKZf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment