Pages

Saturday, July 28, 2012

Helikopter, kereta kebal gempur Aleppo

Rakyat Syria mula  meninggalkan pusat bandar  selepas tentera melancarkan serangan terhadap bandar Aleppo  semalam. - Foto AFPRakyat Syria mula meninggalkan pusat bandar selepas tentera melancarkan serangan terhadap bandar Aleppo semalam. - Foto AFP
Pemberontak Syria isytihar sedia hadapi 'ibu' perang

Beirut: Tentera Syria yang menggunakan helikopter dan kereta kebal menggempur bandar Aleppo semalam, ketika pemberontak berkata mereka sudah bersedia menghadapi 'ibu segala peperangan' di Syria selain meramalkan kejatuhan Presiden Bashar al-Assad pada bila-bila masa.


Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria berkata helikopter digunakan di kejiranan Salaheddin, Bustan al-Qasr, Sukari, Al-Mashhad dan Al-Azamiya di barat daya bandar itu.

Pasukan khas ditempatkan di pinggir bandar dan lebih ramai anggota tentera dijangka tiba untuk teruskan pertempuran”. - Sumber keselamatan
Tentera juga bertempur dengan pemberontak di daerah Jamiliya di tengah Aleppo, di Mahatat Baghdad dan di Dataran Saadallah al-Jabiri.

“Pasukan khas ditempatkan di pinggir bandar dan lebih ramai anggota tentera dijangka tiba untuk meneruskan pertempuran,” kata sumber keselamatan.

Pertempuran tercetus di Aleppo sejak Khamis, manakala serangan turut menggegarkan Damsyik dan beberapa wilayah lain, dengan 121 orang dilaporkan terbunuh, 64 daripadanya orang awam.

Pemisah dilaporkan meningkatkan kekuatan mereka dengan tambahan antara 1,500 dan 2,000 anggota yang tiba dari luar Aleppo. 
“Mereka kini berada di kawasan selatan dan timur Aleppo terutama di kejiranan Salaheddin dan daerah berhampiran,” kata sumber itu.

Pemerhati melaporkan, empat orang terbunuh awal pagi semalam, tiga daripada mereka maut di daerah Fardoss, manakala seorang lagi dilaporkan ditembak mati di kejiranan Maysaloon.

Seorang pejuang di kejiranan itu yang dihubungi berkata beratus-ratus penduduk yang melarikan diri dari kawasan itu mengesahkan bahawa tentera menggunakan helikopter dan melepaskan tembakan rambang. - AFP

No comments: