TORONTO, Kanada - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di medan selera pusat beli-belah Eaton's Centre di sini semalam yang membunuh seorang pemuda berusia 25 tahun dan mencederakan tujuh mangsa lain, kata polis.
Ketua polis Toronto, Bill Blair berkata, serangan tersebut disasarkan terhadap pemuda tersebut berdasarkan luka pada badan mangsa.
"Sementara tujuh orang lagi cedera hanya kerana mereka kebetulan berada di tempat kejadian. Serangan ini keterlaluan, ramai orang berisiko menjadi mangsa," kata Blair.
Beratus-ratus pengunjung berada di medan selera tersebut ketika kejadian berlaku seki-tar 6.20 petang (waktu tempatan).
Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pembunuh kejam itu sedang diburu. - AF
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment