Pages

Monday, June 4, 2012

Khamenei kecam Israel

Khamenei kecam Israel: "TEHERAN 3 Jun - Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, serangan Israel ke atas Iran hanya akan memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis itu sendiri seperti 'kilat'.

Beliau berkata, dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa Iran cuba membina senjata nuklear adalah berasaskan satu 'penipuan'.

''Jika Israel salah langkah atau mengambil tindakan silap, ia hanya akan memberi tamparan hebat seperti kilat kepada mereka,'' katanya hari ini ketika berucap sempena ulang tahun kematian pengasas republik Islam ini, Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Beliau berkata, tuduhan bahawa Iran cuba membangunkan bom atom juga adalah palsu.

''Ahli politik dan media antarabangsa bercakap mengenai bahaya nuklear Iran, saya katakan mereka merupakan pembohong.

''Apa yang mereka takutkan dan perlu ditakuti bukanlah nuklear tetapi sebuah negara Islam.

''Mereka memperbesar-besarkan dan mengutarakan isu untuk propaganda mereka. Mereka bertujuan mengalih pemikiran rakyat daripada masalah ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah,'' katanya. - AFP"

'via Blog this'

No comments: