Pages

Tuesday, April 24, 2012

‘Berkorban demi abang’

myMetro | ‘Berkorban demi abang’:


PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.
PILU…Asma di sisi jenazah anaknya, Muhammad Muaz, semalam.
DUNGUN: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang menghidap leukemia.
Muaz yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.
Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dengan abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang,” katanya.

Katanya, sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

No comments: