Pages

Tuesday, April 24, 2012

Kementerian Minyak Iran hadapi serangan siber

myMetro | Kementerian Minyak Iran hadapi serangan siber: "TEHERAN: Kementerian Minyak Iran dan agensi berkaitannya menghadapi serangan siber, memaksa sekumpulan pakar ditugaskan bagi menghadapinya.

Agensi berita Mehr melaporkan, laman sesawang kementerian berkenaan serta Syarikat Minyak Kebangsaan Iran (NIOC) menjadi sasaran serangan sejak kelmarin. Memetik sumber kementerian itu, Mehr melaporkan, sebuah “jawatankuasa krisis siber” ditubuhkan untuk menghadapi serangan berkenaan.


Jurucakap kementerian berkata satu “virus” “cuba memadamkan data pada pelayan perkhidmatan Kementerian Minyak Iran.” Bagaimanapun, data penting mereka tidak terjejas kerana pelayan perkhidmatan utama tidak disambungkan dengan pelayan umum. - AFP"

'via Blog this'

No comments: