IMEJ daripada rakaman kamera tersembunyi menunjukkan Aquino menampar Maria yang terbaring di katil.
TINDAK-TANDUK kasar, termasuk menolak Maria oleh kakitangan pusat penjagaan warga emas di Ash Court, London Utara.
LONDON: Tindakan kejam seorang jururawat membelasah seorang wanita di rumah jagaan warga emas berjaya dirakamkan apabila sebuah kamera dipasang secara rahsia dalam bilik tidur mangsa.
Tindakan itu diambil Jane Worroll apabila dia mendapati ibunya, Maria, 81, mempunyai kesan lebam pada tangan dan lengan hanya enam minggu selepas ditempatkan di pusat penjagaan berkenaan.
Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Jane memasang kamera di bilik tidur Maria tanpa pengetahuan sesiapa.
Hasilnya, kamera itu merakamkan aksi Jonathan Aquino, 30, memukul Maria enam kali pada muka, lengan dan perut.
Hasilnya, kamera itu merakamkan aksi Jonathan Aquino, 30, memukul Maria enam kali pada muka, lengan dan perut.
Rakaman lebih awal menunjukkan Maria - mengalami artritis serius - diurus secara kasar oleh kakitangan pusat jagaan itu.
Satu daripada rakaman itu menunjukkan dua kakitangan pusat penjagaan berkenaan menolak Maria dengan kasar.
Maria diletakkan ke katil pada jam 5.30 petang dan tidak dipedulikan sesiapa.
Aquino dihukum penjara 18 bulan pada 10 hari lalu kerana bersalah menyerang orang awam, manakala empat kakitangan rumah penjagaan itu dipecat apabila Jane menunjukkan rakaman berkenaan kepada pihak pengurusan.
Rakaman itu juga menunjukkan Jane langsung tidak dipedulikan kakitangan di situ.
Apabila masuk ke bilik Jane, mereka langsung tidak menyapanya, malah memasang televisyen dan menutupnya apabila keluar.
Kejadian berlaku di rumah penjagaan orang tua di Ash Court di Kentish Town, London Utara.
Menurut Jane, dia terkejut melihat rutin harian dilalui ibunya.
“Ketika kali pertama menyaksikan rakaman itu, saya tidak dapat mengawal diri daripada menjerit.
“Ibu saya lemah, tidak berdaya dan tidak mampu meminta tolong.
“Justeru, apa yang dilakukan ke atasnya sangat kejam,” katanya.
Rakaman itu disiarkan dalam rancangan Panorama terbitan BBC1 malam tadi.
Ia ditayangkan setahun selepas rakaman menunjukkan penghuni rumah penjagaan warga tua Winterbourne View dikasari, dibelasah dan dicurah air di Hambrook, Gloucestershire.
Pusat itu ditutup Jun tahun lalu.
Jane berpindah ke Ash Court kerana pusat penjagaan itu diberikan penarafan “cemerlang” oleh Suruhanjaya Kualiti Penjagaan pada Julai 2010. - DM
No comments:
Post a Comment