Pages

Monday, April 23, 2012

Presiden Perancis diramal kalah

Berita Harian Online | Presiden Perancis diramal kalah:

pix_gal0
Tinjauan dapati Sarkozy di belakang Hollande, ramai tak keluar mengundi

PARIS: Rakyat Perancis keluar mengundi semalam, bagi pusingan pertama pilihan raya presiden yang dijangka menjadi penamat kepada kepemimpinan Presiden Nicolas Sarkozy. 

Ramalan mengenai kadar ketidakhadiran tinggi dan bantahan keras membuatkan hasil pengundian masih tidak pasti tetapi tinjauan sebelum ini menunjukkan Sarkozy berada di belakang pencabarnya daripada Parti Sosialis, Francois Hollande.
Kedua-dua veteran politik berusia 57 tahun itu berada dalam landasan bersaing sesama sendiri untuk pusingan kedua pada 6 Mei ini yang akan menentukan siapa bakal menerajui apa dianggap kuasa kelima terbesar dunia untuk lima tahun lagi.
Pengundian bermula kelmarin, di wilayah pedalaman dan diteruskan pada jam 8.00 pagi waktu tempatan semalam. 

Ia berterusan sehingga 6.00 petang di kebanyakan bahagian negara itu dan 8.00 malam di bandar raya besar. 

Agensi pengundian Perancis dibenarkan mengambil contoh secara langsung dari kotak undian yang membolehkan anggaran tepat pengundian diberitahu sebaik ditutup. 

Lebih 44 juta pengundi berdaftar tetapi ramalan menganggarkan 25 peratus tidak akan keluar mengundi menjadi kebimbangan calon terutama Hollande. 
Jumlah yang keluar mengundi bagi St Pierre di pulau Atlantik menunjukkan kadar penurunan enam peratus berbanding persaingan pada tahun 2007. 

Undian juga berkurangan satu peratus di Martinique, tetapi meningkat dua peratus di Guyana. 

Perancis berbangga dengan tradisi demokratiknya dan akhbar meraikan hari pengundian dengan rayuan supaya rakyat keluar mengundi. 

“Ke pusat pengundian!” Menurut akhbar Ouest de France dan Voix du Nord. – AFP
'via Blog this'

No comments: