LONDON: Lebih setengah juta hartawan Britain dijangka berpindah ke negara lain dalam tempoh dua tahun akan datang akibat masalah jalan raya dan kereta api, selain peningkatan kadar jenayah serta cukai.
Kaji selidik disiarkan semalam menunjukkan, kira-kira 19 peratus warga Britain yang memiliki simpanan dan pelaburan bernilai lebih �250,000 (RM1.2 juta) mempertimbangkan cadangan memulakan hidup baru di luar negara.
Kadar itu menunjukkan peningkatan berbanding 17 peratus enam bulan lalu, atau 14 peratus tahun lalu.
Angka itu menunjukkan, sekurang-kurangnya 500,000 penduduk Britain yang memiliki harta sebanyak itu mungkin meninggalkan negara berkenaan dalam dua tahun akan datang.
Pelaburan untuk meningkatkan infrastruktur seperti jalan, kereta api dan rangkaian komunikasi dilihat faktor penting untuk menjadikan Britain tempat menarik untuk didiami.
Kira-kira 61 peratus penduduk berharta Britain tertarik kepada pilihan itu.
Namun, mengatasi kerenah birokrasi untuk perniagaan, menurunkan cukai dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan dan polis menjadi keutamaan warga Britain. Pengarah Lloyds TSB International Wealth, Nicholas Boys-Smith, berkata walaupun penghijrahan beramai-ramai mungkin tidak berlaku, keputusan kaji selidik itu jelas menunjukkan golongan minoriti yang melihat hidup di luar negara lebih baik kini meningkat. Aspek jenayah dan antisosial menjadi alasan paling utama mendorong warga Britain meninggalkan negara berkenaan apabila 56 peratus responden memberikan alasan itu. - TS
No comments:
Post a Comment