Pages

Monday, March 19, 2012

Syria digegar bom kali ke-3

myMetro | Syria digegar bom kali ke-3:DAMSYIK: Syria sekali lagi digegarkan dengan serangan bom kereta - insiden ketiga hujung minggu lalu - ketika wakil PBB bersedia melaksanakan misi kemanusiaan di negara itu, semalam.
Kenyataan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan terbaru itu disasarkan ke pejabat keselamatan parti politik di utara bandar Aleppo.

Sehingga tengah malam tadi, media menyatakan, tiga maut dan 25 cedera akibat letupan berkenaan.

Media kerajaan melaporkan, serangan itu dilakukan “untuk menggagalkan usaha kerajaan mencari penyelesaian politik bagi krisis Syria.” Letupan itu didakwa berlaku berhampiran kawasan kediaman dan pejabat pos.

Aktivis di Aleppo berkata, letupan berlaku menjelang tengah hari.

Bandar Aleppo pernah digegarkan letupan kereta pada 10 Februari lalu dan mengorbankan 28 orang.


Kelmarin, dua kereta sarat dengan bom diletupkan di tengah Damsyik, membunuh 27 orang dan mencederakan 140 yang lain.

Kerajaan menyalahkan “pengganas” atas insiden yang menyasarkan bangunan polis dan ibu pejabat tentera udara itu.

Akhbar al-Baath yang menjadi suara rasmi kerajaan melaporkan: “Letupan kelmarin dilakukan pengganas yang mendapat sokongan kewangan dan senjata daripada kuasa asing.” Al-Baath mendakwa, dua letupan bom kereta kelmarin cuba mengganggu misi bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, dan komuniti antarabangsa yang cuba mencari penyelesaian politik di Syria.

Sementara itu, perarakan diadakan di lokasi letupan bom paling kuat di daerah al-Qasaa yang menjadi kediaman penduduk minoriti Kristian.

Pembangkang menuduh rejim Bashar al-Assad mendalangi serangan berkenaan.

Akhbar Ath-Thawra pula menuding kepada Qatar dan Arab Saudi di sebalik insiden itu kerana kedua-dua negara pernah menggesa pemberontak diberi senjata. - AFP

'via Blog this'

No comments: