Pages

Monday, March 19, 2012

Britain kecam Teheran sekat laman sesawang khas

myMetro | Britain kecam Teheran sekan laman sesawang khas: "LONDON: Britain semalam mengutuk tindakan Iran menghalang laman sesawang yang digunakan menerangkan polisi negara itu terhadap Teheran.

Setiausaha Luar, William Hague, berkata perbuatan menghalang laman sesawang UK For Iranian itu dibuat tiga hari selepas ia dilancarkan, membuktikan Teheran takut warganya berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar
Menurut Britain, Iran menghalang laman sesawang itu Sabtu lalu.


Hubungan diplomatik antara Britan dan Iran semakin teruk apabila Teheran mula memulakan program nuklear mereka.

Britain menarik keluar pegawai diplomat dari Iran dan menghalau diplomat Iran keluar dari Britain selepas serangan di kedutaan Briatain di Teheran, November lalu.

Siaran BBC Persian juga sering dihalang oleh Iran. - AP "

'via Blog this'

No comments: