Seorang pegawai kanan AS semalam berkata, Netanyahu membuat permintaan itu ketika bertemu Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta, di Washington, Isnin lalu.
“Presiden Barack Obama mengarahkan Panetta bekerjasama secara langsung dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, berhubung isu itu.
“Ia membayangkan Washington cenderung meluluskan permohonan berkenaan,” katanya.
Ketika ditadbir George W Bush, AS enggan menjual GBU-28 dan pesawat canggih itu kepada Israel kerana dibimbangi akan digunakan untuk menyerang kemudahan tenaga nuklear Iran.
Di sebalik sekatan itu, Washington tetap menyediakan bantuan ketenteraan bernilai hampir RM9 bilion setahun kepada Tel Aviv.
Pada 27 Februari lalu, wartawan terkemuka AS, David Sanger, mendakwa AS menyediakan teknologi ketenteraan dan senjata kepada Israel untuk membantu Tel Aviv jika rejim Zionis itu menyerang program tenaga nuklear Iran. AS dan Israel percaya Iran membangunkan senjata nuklear dan beberapa kali mengancam menyerang negara itu walaupun Teheran mendakwa ia adalah untuk keamanan. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment